Monday, November 30, 2009

Kereta Artis Bergelar Datuk Kena Tarik?

Kereta Artis Bergelar Artis Kena Tarik?

Kereta Artis Bergelar Datuk Kena Tarik? Iye ke? Tapi menurut sumber artis tu memang popular. Kalau artis popular namanya tak kan sewa kereta pun tak mampu nak bayar? Mungkin ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan artis popular tu tak bayar sewa. Manalah tau ada masalah, mungkin terlupa kot?Hahaha...

Khabar angin mengatakan yang si tukang tarik kereta ni pergi ke rumah artis yang bergelar Datuk tu untuk menarik keretanya yang dah berbulan tak bayar. Tapi tidak tahu pula apa yang terjadi selepas tu.

Gosip Artis Malaysia : Kereta Artis Bergelar Artis Kena Tarik?

Read more...

Hans Isaac Nak Saman AC Mizal?

Hans Isaac Nak Saman AC Mizal?

Wah banyak betul kita dengar cerita pasal saman menyaman artis ni. Agaknya musim kot? Belum lagi reda tentang kes Nora Danish yang bakal di saman timbul pula cerita Sahabat baik AC Mizal iaitu Hans Isaac nak menyamannya. Apa cerita?

Memang sebelum ini mereka berdua mempunyai perselisihan faham, akhirnya sampai ke episod saman menyaman pula. Sampai macam tu sekali? Hans Isaac di katakan hendak menyaman AC Mizal kerana AC Mizal tidak memberikan dalam pementasan Cuci The Musical beberapa minggu lalu di Istana Budaya.

Tetapi Hans Isaac memberi kenyataan bahawa yang mereka berdua sudah berdamai, tapi kenapa pula timbul isu Hans Isaac nak menyaman AC Mizal? Kan kamu tu bersahabat baik. Tak elok saman-saman ni. Diharapkan Hans dan AC Mizal dapat menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin dan tidak perlu naik turun ke makamah. Ok.

Gosip Artis Malaysia : Hans Isaac Nak Saman AC Mizal?

Read more...

Sunday, November 29, 2009

Keputusan Lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 24

Keputusan Lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 24

  1. Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh)
  2. Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)
  3. Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged)
  4. Bengang – Akim (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)
  5. Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)
  6. Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)
  7. Rindu Terhenti – Tomok (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)
  8. Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry)
  9. Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)
  10. Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)
  11. Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam)
  12. Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)
  13. Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, penulis lirik: Allahyarham Loloq)
  14. Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)

Anugerah Juara Lagu yang ke-24 akan berlangsung pada 10 Januari 2009.Rasanya-rasanya lagu mana yang akan menambat hati juri-juri kita ni kan?

Keputusan Lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 24

Read more...

Nora Danish Di Saman?

Nora Danish Di Saman?

Dengar cerita pelakon kecil molek Nora Danish akan di saman, betul ke? Ini adalah kerana sikap tidak profesional Nora Danish terhadap Syarikat Produksi itu. Apa tidaknya Nora Danish dikatakan tidak mahu meneruskan pengambaran drama bersiri Spa Qistina.

Global Station terpaksa membuat pengambaran semula drama bersiri Spa Qistina selepas Nora Danish menarik diri. Ceritanya begini, dikatakan di dalam perjanjian awal Nora Danish tidak ada adegan bersama dan tidak akan bertemu muka sepanjang pengambaran berlangsung bersama pelakon popular Fasha Sandha. Namun tidak disangka-sangka Nora Danish dan Fasha Sandha bertembung pada hari pengambaran. Nora Danish merasakan pihak produksi tidak mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui.

Selepas Nora Danish melakonkan 38 babak daripada 103 babak drama itu Global Station terpaksa membuat pengambaran semula yang akan melibatkan kos lain. Kerana sikapnya yang tidak profesional itulah di bakal akan dikenakan tindakan saman oleh Global Station. Tetapi jawapan yang tepat sama ada Nora Danish akan dikenakan tindakan saman atau tidak masih lagi didalam perbincangan.

Tetapi Nora Danish ni dikatakan tidak mahu untuk diajak berbincang. Mungkin masih ada lagi jalan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku. Pihak Global Station sedih dengan tindakannya itu. Global Station ada hak untuk menyaman Nora Danish kerana produksi itu banyak menanggung kerugian gara-gara Nora Danish menarik diri untuk meneruskan pengambaran drama itu walaupun Nora Danish masih belum menandatangani apa-apa perjanjian.

Macam-macam hal artis kita ni. Walau apa pun kita masih menunggu keputusan dari pihak Global Station sama ada Nora Danish dikenakan tindakan saman atau tidak.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP