Thursday, September 20, 2012

Berita Diana Danielle & Farid Kamil Bertunang.

 Berita Diana Danielle & Farid Kamil Bertunang.

Diana Danielle dan telah selamat mengikat tali pertunangan pada 2 September 2012 yang lalu. Diana Danielle & Farid Kamil Bertunang di kediamannya di Damansara. Tahniah buat mereka berdua.
 Pandai betul Diana Danielle & Farid Kamil menyimpan rahsia hubungan mereka ni ye.

Majlis pertunangan Diana Danielle & Farid Kamil berlangsung pada sebelah petang setelah 3 tahun mereka bercinta. Majlis tersebut telah dirancang sebulan sebelum tarikh pertunangan mereka.

“Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat anaknya bahagia. Harap-harap pertunanagan ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik,” kata ibunya yang selama ini merahsiakan daripada umum kerana atas kehendak anaknya dan bakal menantunya.

 Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut.
Norsiah ibu kepada Diana Danielle memberitahu bahawa tarikh perkahwinan anaknya itu masih lagi belum ditetapkan tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja.

Diharap Diana Danielle dan Farid Kamil dapat melangsungkan perkahwinan cepat-cepat dan bahagia sampai ke anak cucu. Tak sabar nak tgk gambar kahwin Diana Danielle & Farid Kamil nanti.



Berita Diana Danielle & Farid Kamil Bertunang.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP