Thursday, October 17, 2013

AERIL ZAFRIL DAN WAWA ZAINAL BERKAHWIN PADA 25 FEBRUARI

Gosip Artis Malaysia : AERIL ZAFREL DAN WAWA ZAINAL BERKAHWIN PADA 25 FEBRUARI.


Pengakuan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah mengejutkan semua pihak kerana mereka mengakui sudah bernikah pada 25 Februari 2012. Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. 
Aeril Zafrel juga mengakui bahawa pernikahannya bersama Wawa Zainal pada kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama. Pernikahan kedua pula dibuat kerana atas permintaan keluarga Wawa Zainal sebelum ia didaftarkan secara rasmi.
Harap dengan kenyataan dari Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini semua persoalan yang timbul dari peminat mereka sudah terjawab.
Kita doakan semoga Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bahagia dan kekal hingga ke anak cucu.

Gosip Artis Malaysia : Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berkahwin 

Read more...

Thursday, September 20, 2012

Berita Diana Danielle & Farid Kamil Bertunang.

 Berita Diana Danielle & Farid Kamil Bertunang.

Diana Danielle dan telah selamat mengikat tali pertunangan pada 2 September 2012 yang lalu. Diana Danielle & Farid Kamil Bertunang di kediamannya di Damansara. Tahniah buat mereka berdua.
 Pandai betul Diana Danielle & Farid Kamil menyimpan rahsia hubungan mereka ni ye.

Majlis pertunangan Diana Danielle & Farid Kamil berlangsung pada sebelah petang setelah 3 tahun mereka bercinta. Majlis tersebut telah dirancang sebulan sebelum tarikh pertunangan mereka.

“Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat anaknya bahagia. Harap-harap pertunanagan ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik,” kata ibunya yang selama ini merahsiakan daripada umum kerana atas kehendak anaknya dan bakal menantunya.

 Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut.
Norsiah ibu kepada Diana Danielle memberitahu bahawa tarikh perkahwinan anaknya itu masih lagi belum ditetapkan tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja.

Diharap Diana Danielle dan Farid Kamil dapat melangsungkan perkahwinan cepat-cepat dan bahagia sampai ke anak cucu. Tak sabar nak tgk gambar kahwin Diana Danielle & Farid Kamil nanti.



Berita Diana Danielle & Farid Kamil Bertunang.

Read more...

Sunday, September 25, 2011

PERKAHWINAN NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA SELAMAT DIIJABKABUL

PERKAHWINAN NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA SELAMAT DIIJABKABUL

KOTA TINGGI, 24 SEPTEMBER 2011. Pada jam 5.12 petang pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza selamat diijabkabulkan di kediaman pelakon wanita tersebut di Felda Tenggaroh Selatan 1.

Read more...

Saturday, January 8, 2011

ANUGERAH JUARA LAGU 25 (AJL25)

ANUGERAH JUARA LAGU 25 (AJL25)

Keputusan Anugerah Juara Lagu 25(AJL25) akan diketahui beberapa hari lagi. Hari ahad ini kita akan sama-sama mengetahui keputusan Anugerah Juara Lagu ke-25.

SENARAI 14 LAGU FINAL AJL KE-25

14 Lagu Ke AJL25

1. Hanyut – Faizal Tahir
2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir
3. Noktah Cinta – Hafiz
4. Drama King – Meet Uncle Hussein dan Black
5. Ku Ada Kamu – Adira
6. Cinta Sempurna – Yuna
7. Pelita – A.P.I
8. Berlari – Tomok
9. Sofea Jane – Black
10. Mencari Konklusi – Hujan
11. Selamat Malam – Faizal Tahir
12. Ekstravaganza – Bunkface
13. Jahat – Stacy
14. Tolong Ingatkan Aku – Anna Raffali

ANUGERAH JUARA LAGU 25 (AJL25)

KEPUTUSAN ANUGERAH JUARA LAGU 25 (AJL25)

Gosip Artis Malaysia

Read more...

Monday, November 29, 2010

FILEM CUTI-CUTI CINTA


FILEM CUTI-CUTI CINTA

Filem Cuti-cuti Cinta adalah arahan terbaru Ahmad Idham. Pelakon utama dalam filem ini adalah Farid Kamil dan Nora Danish. selain itu ahli kumpulan The Fabulous Cats (Cat Farish, Adeep, Wangi & Zizie AF7), Zed Zaidi dan Zaibo turut membintangi filem Cuti-cuti Cinta arahan Ahmad Idham ini.

Filem adalah sebuah filem yang berkonsepkan komedi cinta yang boleh membuatkan anda semua terhibur apabila menonton filem ini.

Sinopsis Filem Cuti-cuti Cinta :

Filem ini berkisarkan Eava Ealiana (lakonan Nora Danish) yang merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini (lakonan Zaibo). Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan.

Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Dia juga sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas.

Pekerja-pekerjanya (lakonan ahli The Fabulous Cats) lebih takutkan Eava berbanding ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy (Zed Zaidi).

Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah adalah untuk membolot harta Tan Sri Zaini.

Tontonlah Filem Cuti-cuti Cinta di Pawagam berhampiran anda.

Gosip Artis Malaysia : Sinopsis Filem Cuti-cuti Cinta

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP