Thursday, October 17, 2013

AERIL ZAFRIL DAN WAWA ZAINAL BERKAHWIN PADA 25 FEBRUARI

Gosip Artis Malaysia : AERIL ZAFREL DAN WAWA ZAINAL BERKAHWIN PADA 25 FEBRUARI.


Pengakuan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah mengejutkan semua pihak kerana mereka mengakui sudah bernikah pada 25 Februari 2012. Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. 
Aeril Zafrel juga mengakui bahawa pernikahannya bersama Wawa Zainal pada kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama. Pernikahan kedua pula dibuat kerana atas permintaan keluarga Wawa Zainal sebelum ia didaftarkan secara rasmi.
Harap dengan kenyataan dari Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini semua persoalan yang timbul dari peminat mereka sudah terjawab.
Kita doakan semoga Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bahagia dan kekal hingga ke anak cucu.

Gosip Artis Malaysia : Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berkahwin 

Read more...

Thursday, September 20, 2012

Berita Diana Danielle & Farid Kamil Bertunang.

 Berita Diana Danielle & Farid Kamil Bertunang.

Diana Danielle dan telah selamat mengikat tali pertunangan pada 2 September 2012 yang lalu. Diana Danielle & Farid Kamil Bertunang di kediamannya di Damansara. Tahniah buat mereka berdua.
 Pandai betul Diana Danielle & Farid Kamil menyimpan rahsia hubungan mereka ni ye.

Majlis pertunangan Diana Danielle & Farid Kamil berlangsung pada sebelah petang setelah 3 tahun mereka bercinta. Majlis tersebut telah dirancang sebulan sebelum tarikh pertunangan mereka.

“Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat anaknya bahagia. Harap-harap pertunanagan ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik,” kata ibunya yang selama ini merahsiakan daripada umum kerana atas kehendak anaknya dan bakal menantunya.

 Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut.
Norsiah ibu kepada Diana Danielle memberitahu bahawa tarikh perkahwinan anaknya itu masih lagi belum ditetapkan tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja.

Diharap Diana Danielle dan Farid Kamil dapat melangsungkan perkahwinan cepat-cepat dan bahagia sampai ke anak cucu. Tak sabar nak tgk gambar kahwin Diana Danielle & Farid Kamil nanti.



Berita Diana Danielle & Farid Kamil Bertunang.

Read more...

Sunday, September 25, 2011

PERKAHWINAN NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA SELAMAT DIIJABKABUL

PERKAHWINAN NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA SELAMAT DIIJABKABUL

KOTA TINGGI, 24 SEPTEMBER 2011. Pada jam 5.12 petang pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza selamat diijabkabulkan di kediaman pelakon wanita tersebut di Felda Tenggaroh Selatan 1.

Read more...

Saturday, January 8, 2011

ANUGERAH JUARA LAGU 25 (AJL25)

ANUGERAH JUARA LAGU 25 (AJL25)

Keputusan Anugerah Juara Lagu 25(AJL25) akan diketahui beberapa hari lagi. Hari ahad ini kita akan sama-sama mengetahui keputusan Anugerah Juara Lagu ke-25.

SENARAI 14 LAGU FINAL AJL KE-25

14 Lagu Ke AJL25

1. Hanyut – Faizal Tahir
2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir
3. Noktah Cinta – Hafiz
4. Drama King – Meet Uncle Hussein dan Black
5. Ku Ada Kamu – Adira
6. Cinta Sempurna – Yuna
7. Pelita – A.P.I
8. Berlari – Tomok
9. Sofea Jane – Black
10. Mencari Konklusi – Hujan
11. Selamat Malam – Faizal Tahir
12. Ekstravaganza – Bunkface
13. Jahat – Stacy
14. Tolong Ingatkan Aku – Anna Raffali

ANUGERAH JUARA LAGU 25 (AJL25)

KEPUTUSAN ANUGERAH JUARA LAGU 25 (AJL25)

Gosip Artis Malaysia

Read more...

Monday, November 29, 2010

FILEM CUTI-CUTI CINTA


FILEM CUTI-CUTI CINTA

Filem Cuti-cuti Cinta adalah arahan terbaru Ahmad Idham. Pelakon utama dalam filem ini adalah Farid Kamil dan Nora Danish. selain itu ahli kumpulan The Fabulous Cats (Cat Farish, Adeep, Wangi & Zizie AF7), Zed Zaidi dan Zaibo turut membintangi filem Cuti-cuti Cinta arahan Ahmad Idham ini.

Filem adalah sebuah filem yang berkonsepkan komedi cinta yang boleh membuatkan anda semua terhibur apabila menonton filem ini.

Sinopsis Filem Cuti-cuti Cinta :

Filem ini berkisarkan Eava Ealiana (lakonan Nora Danish) yang merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini (lakonan Zaibo). Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan.

Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Dia juga sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas.

Pekerja-pekerjanya (lakonan ahli The Fabulous Cats) lebih takutkan Eava berbanding ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy (Zed Zaidi).

Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah adalah untuk membolot harta Tan Sri Zaini.

Tontonlah Filem Cuti-cuti Cinta di Pawagam berhampiran anda.

Gosip Artis Malaysia : Sinopsis Filem Cuti-cuti Cinta

Read more...

Friday, December 4, 2009

Anugerah Skrin 2009

Anugerah Skrin 2009

Anugerah Skrin 2009 akan berlangsung pada 4 Disember, Jumaat ini pada pukul 9 malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Apa yang menarik, Anugerah Skrin 2009 (ASK09) pada tahun ini bertemakan Arabian Night.

22 kategori di pertandingkan pada malam AKS09 dan calon-calonnya memang hebat dan bukan calang-calang. Antara calon yang dipertandingkan adalah Azean Irdawaty, Lisa Surihani, Ashraf Muslim & Liyana Jasmay.

Berikut adalah kategori bagi AKS09:

KATEGORI DRAMA

1.Drama Terbaik
2.Pelakon Lelaki Terbaik Drama
3.Pelakon Wanita Terbaik Drama
4.Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
5.Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
6.Pengarah Terbaik Drama
7.Lakon TV Terbaik
8.Drama Rantaian Terbaik
9.Drama Komedi Terbaik
10.Videografi Terbaik

KATEGORI FILEM

1.Filem Terbaik
2.Pelakon Lelaki Terbaik Filem
3.Pelakon Wanita Terbaik Filem
4.Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
5.Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
6.Pengarah Terbaik Filem
7.Lakon Layar Terbaik Filem

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN

1.Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
2.Rancangan Bual Bicara Terbaik
3.Rancangan Hiburan Terbaik
4.Rancangan Realiti Terbaik
5.Laporan Khas/Berita Terbaik


Gosip Artis Malaysia : Anugerah Skrin 2009

Read more...

Wednesday, December 2, 2009

Liyana Jasmay Sombong?

Liyana Jasmay Sombong?

Baru-baru ni ada terdengar cerita yang mengatakan pelakon kecil molek Liyana Jasmay ni agak sombong bila bercakap di hadapan media. Betul ke? Liyana Jasmay baru sahaja muncul dengan album EPnya yang terbaru pada 18 November lalu dikatakan sering bercakap sombong atau bongkak bila ditanyakan soalan oleh media dan wartawan. Agak sakit hati juga kalau mendengar jawapan-jawapan yang diberikannya. Jangan sombong-sombong dik, nanti ramai orang tak suka. Mungkin Liyana Jasmay terkejut atau tidak sengaja dengan kata-katanya dan ramai yang menganggap dia sombong. Tak tahulah kalau diluar bagaimana.

Bukan senang nak memuaskan hati semua orang tapi haruslah berhati-hati ketika bercakap. Mungkin Liyana Jasmay boleh merendahkan nada bicaranya supaya dia nampak lebih bijak dan matang.


Gosip Artis Malaysia : Liyana Jasmay Sombong?

Read more...

Kehebatan Teater Natrah


Kehebatan Teater Natrah

Persembahan lakonan yang mantap dari barisan artis popular seperti Maya Karin, Umie Aida, Remy Ishak, Sofia Jane, Samantha Schubert dan ramai lagi akhirnya dapat memikat hati penonton yang menonton persembahan Teater Natrah yang bermula 30 November. Pementasan teater yang berlangsung selama 3 jam itu cukup untuk menambat hati penonton. Tak rugi jika menonton. Watak yang dibawa oleh maya cukup menjadi apabila dia menjadi anak dara sunti 13 tahun. Nak tahu lebih lanjut anda datang di Istana Budaya. Rugi kalau tak tengok...

Sinopsis Teater Natrah
Natrah mengisahkan Maria Hertogh, seorang gadis Belanda yang diserahkan oleh ibunya kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya kerana ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh atau nama Islamnya Natrah dipelihara dan hidup dalam suasana pendidikan Islam sejak dipelihara oleh Che Aminah.

Namun apabila bapanya Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh tentera Amerika Syarikat, dia pulang ke Bandung, Jawa untuk mencari anaknya Natrah yang ketika itu berada di Chukai, Terengganu. Apabila berlaku perebutan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda konflik agama dan isu penjagaan Natrah telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura pada ketika itu.

Harga Tiket : RM30, RM50, RM70, RM100, RM150

Kaunter Tiket : BOX OFFICE, Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Gosip Artis Malaysia : Kehebatan Teater Natrah

Read more...

Mawi Semakin Terpinggir?

Mawi Semakin Terpinggir?

Khabar-khabar angin mengatakan yang Mawi ni semakin terpinggir di hati peminatnya. Betul ke? Mana aura-aura Mawi yang hebat diperkatakan dulu? Hilang? Selepas perkahwinan Mawi bersama Ikin pada Disember 2008 ada segelintir peminatnya yang sudah tidak menyokongnya lagi.

Setelah hampir setahun perkahwinannya bersama Ikin dengar-dengar cerita Mawi semakin terpinggir di hati peminat. Cerita Mawi semakin banyak diperkatakan di forum-forum dan blog-blog tempatan yang mana kebanyakkannya menceritakan tentang kehilangan auranya yang hebat suatu ketika dulu. Mana tidaknya ada sesetengah peminatnya yang menampal gambar Mawi di kedai. Sehinggakan yang tidak dapat tidur kerana teringatkan Mawi pun ada juga. Hebat penangan aura si Mawi ni dulu..

Ada yang mengatakan Mawi terpinggir kerana isterinya iaitu Ikin sangat "obvious". Ada juga yang mempertikaikan Mawi popular bukan kerana bakat tetapi kerana kealiman dan simpati orang ramai, jadi bila dah kaya hilanglah semua simpati. Mawi masih belum jatuh lagi tetapi dia sudah tidak menyengat seperti dulu. Ramai peminat mawi yang tidak menyukainya kerana tidak sukakan Ikin. Bersabarlah banyak-banyak ye Mawi, mungkin ini ujian. Nasib baik si Mawi tak lupa asal usul semasa dia meletup di hati peminat suatu ketika dulu. Sempat juga la si Mawi ni kumpul harta. Walauapapun kita tunggu perkembangan terbaru dari Mawi. Semoga Mawi tabah menghadapi dugaan akan datang....

Gosip Artis Malaysia : Mawi Semakin Terpinggir?

Read more...

Natasha Hudson Bercerai Buat Kali Kedua

Natasha Hudson Bercerai Buat Kali Kedua

Akhirnya Natasha Hudson dikhabarkan sah bercerai dengan bekas suaminya, Datuk Shahrin Zahari. Ini merupakan penceraiannya kali yang kedua. Mereka berkahwin pada Ogos 2007 dan bercerai atas sebab tiada lagi persefahaman antara mereka. Dalam usia perkahwinan mereka yang bertahan selama 2 tahun ini, Natasha Hudson dan Datuk Shahrin Zahari telah dikurniakan seorang cahaya mata. Namun malangnya rumahtangga mereka tidak kekal.

Sebelum perkahwinan Natasha Hudson yang kedua ini Natasha Hudson pernah berkahwin dengan anak datuk. Mohd. Faiz Datuk Mohd. Raih kalau tak silap nama suaminya sebelum ini. Perkahwinannya bersama anak datuk ni pun tak kekal lama. Kesian Natasha Hudson, semua perkahwinannya gagal. Namun walau apapun bawak bersabar dan tabah menjalani ujian dariNya. Ada hikmah disebalik semua yang berlaku..

Gosip Artis Malaysia : Natasha Hudson Sah Bercerai Buat Kali Kedua

Read more...

Monday, November 30, 2009

Kereta Artis Bergelar Datuk Kena Tarik?

Kereta Artis Bergelar Artis Kena Tarik?

Kereta Artis Bergelar Datuk Kena Tarik? Iye ke? Tapi menurut sumber artis tu memang popular. Kalau artis popular namanya tak kan sewa kereta pun tak mampu nak bayar? Mungkin ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan artis popular tu tak bayar sewa. Manalah tau ada masalah, mungkin terlupa kot?Hahaha...

Khabar angin mengatakan yang si tukang tarik kereta ni pergi ke rumah artis yang bergelar Datuk tu untuk menarik keretanya yang dah berbulan tak bayar. Tapi tidak tahu pula apa yang terjadi selepas tu.

Gosip Artis Malaysia : Kereta Artis Bergelar Artis Kena Tarik?

Read more...

Hans Isaac Nak Saman AC Mizal?

Hans Isaac Nak Saman AC Mizal?

Wah banyak betul kita dengar cerita pasal saman menyaman artis ni. Agaknya musim kot? Belum lagi reda tentang kes Nora Danish yang bakal di saman timbul pula cerita Sahabat baik AC Mizal iaitu Hans Isaac nak menyamannya. Apa cerita?

Memang sebelum ini mereka berdua mempunyai perselisihan faham, akhirnya sampai ke episod saman menyaman pula. Sampai macam tu sekali? Hans Isaac di katakan hendak menyaman AC Mizal kerana AC Mizal tidak memberikan dalam pementasan Cuci The Musical beberapa minggu lalu di Istana Budaya.

Tetapi Hans Isaac memberi kenyataan bahawa yang mereka berdua sudah berdamai, tapi kenapa pula timbul isu Hans Isaac nak menyaman AC Mizal? Kan kamu tu bersahabat baik. Tak elok saman-saman ni. Diharapkan Hans dan AC Mizal dapat menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin dan tidak perlu naik turun ke makamah. Ok.

Gosip Artis Malaysia : Hans Isaac Nak Saman AC Mizal?

Read more...

Sunday, November 29, 2009

Keputusan Lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 24

Keputusan Lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 24

  1. Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh)
  2. Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)
  3. Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged)
  4. Bengang – Akim (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)
  5. Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)
  6. Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)
  7. Rindu Terhenti – Tomok (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)
  8. Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry)
  9. Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)
  10. Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)
  11. Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam)
  12. Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)
  13. Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, penulis lirik: Allahyarham Loloq)
  14. Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)

Anugerah Juara Lagu yang ke-24 akan berlangsung pada 10 Januari 2009.Rasanya-rasanya lagu mana yang akan menambat hati juri-juri kita ni kan?

Keputusan Lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 24

Read more...

Nora Danish Di Saman?

Nora Danish Di Saman?

Dengar cerita pelakon kecil molek Nora Danish akan di saman, betul ke? Ini adalah kerana sikap tidak profesional Nora Danish terhadap Syarikat Produksi itu. Apa tidaknya Nora Danish dikatakan tidak mahu meneruskan pengambaran drama bersiri Spa Qistina.

Global Station terpaksa membuat pengambaran semula drama bersiri Spa Qistina selepas Nora Danish menarik diri. Ceritanya begini, dikatakan di dalam perjanjian awal Nora Danish tidak ada adegan bersama dan tidak akan bertemu muka sepanjang pengambaran berlangsung bersama pelakon popular Fasha Sandha. Namun tidak disangka-sangka Nora Danish dan Fasha Sandha bertembung pada hari pengambaran. Nora Danish merasakan pihak produksi tidak mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui.

Selepas Nora Danish melakonkan 38 babak daripada 103 babak drama itu Global Station terpaksa membuat pengambaran semula yang akan melibatkan kos lain. Kerana sikapnya yang tidak profesional itulah di bakal akan dikenakan tindakan saman oleh Global Station. Tetapi jawapan yang tepat sama ada Nora Danish akan dikenakan tindakan saman atau tidak masih lagi didalam perbincangan.

Tetapi Nora Danish ni dikatakan tidak mahu untuk diajak berbincang. Mungkin masih ada lagi jalan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku. Pihak Global Station sedih dengan tindakannya itu. Global Station ada hak untuk menyaman Nora Danish kerana produksi itu banyak menanggung kerugian gara-gara Nora Danish menarik diri untuk meneruskan pengambaran drama itu walaupun Nora Danish masih belum menandatangani apa-apa perjanjian.

Macam-macam hal artis kita ni. Walau apa pun kita masih menunggu keputusan dari pihak Global Station sama ada Nora Danish dikenakan tindakan saman atau tidak.

Read more...

Sunday, June 28, 2009

Gambar Perkahwinan Catriona Ross dan Shaharuddin

Gambar Perkahwinan Catriona Ross dan Shaharuddin
Gambar Perkahwinan Catriona Ross dan Shaharuddin

Gambar Perkahwinan Catriona Ross dan Shaharuddin

Read more...

Gambar Perkahwinan Nikki Dan Audi Mok.



Gambar Perkahwinan Nikki Dan Audi Mok.
Gambar Perkahwinan Nikki Dan Audi Mok.
Gambar Perkahwinan Nikki Dan Audi Mok.
Gambar Perkahwinan Nikki Dan Audi Mok.

Gambar Perkahwinan Nikki Dan Audi Mok.

Gambar Perkahwinan Nikki Dan Audi Mok.
Gambar Perkahwinan Nikki Dan Audi Mok.

Read more...

Gosip Artis Malaysia : Selamat Pengantin Baru Nikki dan Audi Mok


Gosip Artis Malaysia : Selamat Pengantin Baru Nikki dan Audi Mok

Gosip Artis Malaysia : Selamat Pengantin Baru Nikki dan Audi Mok. Audi Mok komposer terkenal selamat melangsungkan perkahwinannya dengan Nikki. Bertempat di gereja St Francis Xavier, Jalan Gasing, Petaling Jaya, pasangan ini di satukan dalam upacara yang ringkas.

Majlis yang dimeriahkan lagi dengan kehadiran kaum keluarga, kawan rapat dan teman dari industri hiburan. Antaranya Ning Baizura dan suami Omar Shariff Christopher Layton Dalton, Maya Karin dan suami Muhammad Ali, ketua pegawai eksekutif 8TV Ahmad Izham Omar, komposer Azlan Abu Hassan, Rafidah (‘3R’), penerbit bersama eksekutif 3R Lina Tan, Sasha Bashir, Nubhan, Diddy, Amylea, dan Vanessa Chong (‘Talentime’).

Yang menariknya majlis yang cuku bermakna bagi Nikki dan Audi mok di kejutkan dengan persembahan Jaclyn Victor dan Vince dengan lagu “The Prayer”, yang dipopularkan oleh Andrea Bocelli dan Celine Dion. Selamat Pengantin Baru Nikki dan Audi Mok diharapkan pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat dari kami dengan Gosip Artis Malaysia : Selamat Pengantin Baru Nikki dan Audi Mok

Gosip Artis Malaysia : Selamat Pengantin Baru Nikki dan Audi Mok

Read more...

Saturday, June 27, 2009

Gosip Artis Malaysia : Apa Kata Mereka Tentang Kematian Micheal Jackson?

Gosip Artis Malaysia : Apa Kata Mereka Tentang Kematian Micheal Jackson?

Gosip Artis Malaysia : Apa Kata Mereka Tentang Kematian Micheal Jackson?

Hunny Madu
Kami bergantung pada perubahan muzik yang direvolusikan oleh pengorak langkah yang bernama Michael Jackson. Meskipun beberapa tahun lalu MJ dihujani dengan pelbagai paparan negatif di dalam media, namun legasinya akan berterusan.

Dayang Nurfaizah
A sad moment for the music industry as we have lost one of the world’s musical genius and legends.

Qushairi Razali (Qi)
This is terribly sad news. I grew up listening and dancing to his songs … even picked up the Thriller moves from him. But me being me, believer of conspiracies, I think this is his way of quiet retirement

Jaclyn Victor
Saya dikejutkan dari tidur pagi tadi dengan lagunya yang dimainkan di radio. Lepas tu, ibu masuk bilik dan memberitahu saya Michael Jackson sudah meninggal kerana sakit jantung. Masa tu saya tak terasa apa-apa lagi. Hinggalah tengah hari tadi bila saya nak update Twitter saya.

Banyak komen yang ditinggalkan meluahkan kesedihan mereka atas pemergiannya. It was then that it hit me. Tak percaya dia sudah tiada lagi. It’s really sad.

Kita sudah kehilangan seorang insan yang amat berbakat dan tiada penggantinya. Tidak dinafikan kita ada ramai penyanyi muda yang berbakat tetapi tidak seorang pun yang dapat menandingi Michael Jackson. Bila kita bercakap tentang muzik, nama Elvis Presley, Michael Jackson pasti timbul.

Noryn Aziz

Saya menerima SMS dari Steve Thornton pagi tadi. Katanya, ‘Michael Jackson has died’. I was shocked. Kematiannya satu kehilangan besar kepada industri muzik sedunia. Banyak yang telah disumbangkannya kepada industri muzik, revolusi yang telah dilakukannya.

Anda mungkin bukan seorang die-hard fan tetapi anda pasti menyukai lagu-lagunya, gayanya. Walaupun dia sudah lama menyepi, namun dia tidak pernah dilupai. Kini dengan pemergiannya, dia akan dikenang semua.

Fazura
I’m still trying to register the news. I can’t believe it. I don’t know what to say. I love him so much. I was looking forward to his concert in London tapi sekarang … I really can’t believe it.

Saya pernah ke konsertnya di Brunei, kalau tak silap tahun 1997. He was very cool. Tiada yang standing dengannya. Lagunya, tariannya, persembahannya … siapa lagi yang mampu membuat peminatnya pengsan?

Muziknya banyak menginspirasi saya dan saya percaya, ramai orang seperti “Man In The Mirror”. Setiap hari saya akan mainkan lagu ini. He’ll definitely be missed.

Faizal Tahir
One of my friends text me. We used to talk about him (Michael Jackson). I’m shocked and devastated. I’m such a big fan. Dia banyak mengilham saya, muzik saya.

Tadi, saya bersama Audi (Mok) dan Izham (Ahmad Izham Omar) ada bercakap tentang pemuzik-pemuzik berbakat generasi kami yang meninggal pada usia yang muda. John Lennon, Freddie Mercury, Kurt Cobain dan kini, Michael Jackson.

Apa yang lebih menyedihkan adalah dia sebenarnya merancang untuk membuat konsert jelajahnya yang terakhir bulan depan. Ia konsert pertamanya selepas sekian lama. Saya ada merancang untuk mengikuti tour-nya itu.

Sebelum ini, pernah saya meletakkan di Facebook saya, antara perkara yang ingin saya lakukan sebelum meninggal adalah untuk menonton konsert Michael Jackson dan Queen. Tapi kini …

My mom reminded me sejak saya berusia dua tahun saya sudah mula menyanyi lagu-lagu Michael Jackson. Banyak sangat lagu-lagunya yang saya gemari seperti “Bad”, “Beat It”, They Don’t Care About Us” dan “Man In The Mirror”.

Sebenarnya ketika finale musim pertama OIAM dulu, saya ada merancang menyanyikan “They Don’t Care About Us” tapi masa tidak mengizinkan. Dia antara tiga idola saya when I was growing up, yang lainnya, Queen dan Beatles.

Kematiannya satu kehilangan besar kepada dunia muzik dan budaya muzik. He’ll always have a place in music and my heart. He’ll always be remembered by me. Banyak yang telah disumbangkannya bukan sahaja kepada industri muzik tetapi membawa isu penting seperti AIDS, Africa kepada perhatian global.

Ning Baizura
I saw the news on CNN. And I’m getting messages from everyone. I’m really shocked. I’m so sad. It’s the King of Pop.

I saw his concert once. It was the one and only time he came to KL. It was 1996 and he was on his HIStory Tour. It was a full house and I sat fourth row from the front. Sebaik dia muncul di pentas, we were all mesmerised. He’s absolutely fabulous. He’s an icon.

Tak kira apa orang katakan tentang peribadinya, saya tetap menyukainya. He moved my music. Dia mengilhamkan saya. He’s someone I grew up with. Saya membesar dengan lagu-lagunya seperti “The Way You Make Me Feel”, “Ben”, “I’ll Be There” dan baru-baru ini saya ada menyanyikan lagu “Man In The Mirror”. Dia antara idola pop favourite saya.

Saya ingat lagi pertama kali ditemui dengan insan yang bernama Michael Jackson. Masa tu saya berusia sembilan, 10 tahun. It was the musical ‘Wizard of Oz’ dimana dia memainkan watak Scarecrow dan digandingkan dengan Diana Ross.

He’s one of kind. Tiada siapa yang dapat mengubah hakikat ini walaupun dalam beberapa tahun terakhir ini banyak cerita kontroversi tentangnya.

Kemungkinan dia cuma keseorangan dan memerlukan kasih sayang. I wish I’ve met him. I wish I could have been his friend. I’d have told him he had a lot of positivity in him. Tidak mudah untuk menjadi seorang ikon yang terkenal seperti dia.

Dari kami dengan Gosip Artis Malaysia : Apa Kata Mereka Tentang Kematian Micheal Jackson?

Gosip Artis Malaysia : Apa Kata Mereka Tentang Kematian Micheal Jackson?

Read more...

Gosip Artis Malaysia : Syarifah Aleeya Selamat Melahirkan Anak Kembar.


Gosip Artis Malaysia : Syarifah Aleeya Selamat Melahirkan Anak Kembar.

Gosip Artis Malaysia : Syarifah Aleeya Selamat Melahirkan Anak Kembar. Syarifah Aleeya yang dikatakan sibuk berulang-alik ke hospital telah disahkan selamat melahirkan anaknya. Yang menariknya Syarifah Aleeya melahirkan anak kembar.

"Syukur alhamdulillah. Saya gembira dapat melihat wajah anak-anak saya. Memang agak kecewa kerana tidak dapat bersalin normal kerana doktor kata ada komplikasi. Tetapi atas nasihat doktor saya terpaksa melahirkan anak secara pembedahan caesar" Kata Syarifah Aleeya.

Kedua-dua anak Syarifah Aleeya adalah perempuan. Yang pastinya kegembiraan Syarifah Aleeya tidak dapat dibayang setelah bergelar ibu. Syarifah Aleeya dikatakan masih belum memikirkan nama anaknya itu.

"Setakat ini, nama untuk bayi dah ada, cuma belum ‘finalise’ lagi," kata Syarifah Aleeya.

Apa pun diharapkan Syarifah Aleeya dan bayinya sihat-sihat selalu. Dari kami dengan Gosip Artis Malaysia : Syarifah Aleeya Selamat Melahirkan Anak Kembar.

Gosip Artis Malaysia : Syarifah Aleeya Selamat Melahirkan Anak Kembar.

Read more...

Friday, June 26, 2009

Tribute To Michael Jackson Or Mikael Jackson.

Tribute To Michael Jackson Or Mikael Jackson.
Tribute To Michael Jackson Or Mikael Jackson.
Tribute To Michael Jackson Or Mikael Jackson.
Tribute To Michael Jackson Or Mikael Jackson.
Tribute To Michael Jackson Or Mikael Jackson.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP