Saturday, January 8, 2011

ANUGERAH JUARA LAGU 25 (AJL25)

ANUGERAH JUARA LAGU 25 (AJL25)

Keputusan Anugerah Juara Lagu 25(AJL25) akan diketahui beberapa hari lagi. Hari ahad ini kita akan sama-sama mengetahui keputusan Anugerah Juara Lagu ke-25.

SENARAI 14 LAGU FINAL AJL KE-25

14 Lagu Ke AJL25

1. Hanyut – Faizal Tahir
2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir
3. Noktah Cinta – Hafiz
4. Drama King – Meet Uncle Hussein dan Black
5. Ku Ada Kamu – Adira
6. Cinta Sempurna – Yuna
7. Pelita – A.P.I
8. Berlari – Tomok
9. Sofea Jane – Black
10. Mencari Konklusi – Hujan
11. Selamat Malam – Faizal Tahir
12. Ekstravaganza – Bunkface
13. Jahat – Stacy
14. Tolong Ingatkan Aku – Anna Raffali

ANUGERAH JUARA LAGU 25 (AJL25)

KEPUTUSAN ANUGERAH JUARA LAGU 25 (AJL25)

Gosip Artis Malaysia

Read more...

Monday, November 29, 2010

FILEM CUTI-CUTI CINTA


FILEM CUTI-CUTI CINTA

Filem Cuti-cuti Cinta adalah arahan terbaru Ahmad Idham. Pelakon utama dalam filem ini adalah Farid Kamil dan Nora Danish. selain itu ahli kumpulan The Fabulous Cats (Cat Farish, Adeep, Wangi & Zizie AF7), Zed Zaidi dan Zaibo turut membintangi filem Cuti-cuti Cinta arahan Ahmad Idham ini.

Filem adalah sebuah filem yang berkonsepkan komedi cinta yang boleh membuatkan anda semua terhibur apabila menonton filem ini.

Sinopsis Filem Cuti-cuti Cinta :

Filem ini berkisarkan Eava Ealiana (lakonan Nora Danish) yang merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini (lakonan Zaibo). Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan.

Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Dia juga sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas.

Pekerja-pekerjanya (lakonan ahli The Fabulous Cats) lebih takutkan Eava berbanding ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy (Zed Zaidi).

Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah adalah untuk membolot harta Tan Sri Zaini.

Tontonlah Filem Cuti-cuti Cinta di Pawagam berhampiran anda.

Gosip Artis Malaysia : Sinopsis Filem Cuti-cuti Cinta

Read more...

Friday, December 4, 2009

Anugerah Skrin 2009

Anugerah Skrin 2009

Anugerah Skrin 2009 akan berlangsung pada 4 Disember, Jumaat ini pada pukul 9 malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Apa yang menarik, Anugerah Skrin 2009 (ASK09) pada tahun ini bertemakan Arabian Night.

22 kategori di pertandingkan pada malam AKS09 dan calon-calonnya memang hebat dan bukan calang-calang. Antara calon yang dipertandingkan adalah Azean Irdawaty, Lisa Surihani, Ashraf Muslim & Liyana Jasmay.

Berikut adalah kategori bagi AKS09:

KATEGORI DRAMA

1.Drama Terbaik
2.Pelakon Lelaki Terbaik Drama
3.Pelakon Wanita Terbaik Drama
4.Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
5.Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
6.Pengarah Terbaik Drama
7.Lakon TV Terbaik
8.Drama Rantaian Terbaik
9.Drama Komedi Terbaik
10.Videografi Terbaik

KATEGORI FILEM

1.Filem Terbaik
2.Pelakon Lelaki Terbaik Filem
3.Pelakon Wanita Terbaik Filem
4.Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
5.Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
6.Pengarah Terbaik Filem
7.Lakon Layar Terbaik Filem

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN

1.Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
2.Rancangan Bual Bicara Terbaik
3.Rancangan Hiburan Terbaik
4.Rancangan Realiti Terbaik
5.Laporan Khas/Berita Terbaik


Gosip Artis Malaysia : Anugerah Skrin 2009

Read more...

Wednesday, December 2, 2009

Liyana Jasmay Sombong?

Liyana Jasmay Sombong?

Baru-baru ni ada terdengar cerita yang mengatakan pelakon kecil molek Liyana Jasmay ni agak sombong bila bercakap di hadapan media. Betul ke? Liyana Jasmay baru sahaja muncul dengan album EPnya yang terbaru pada 18 November lalu dikatakan sering bercakap sombong atau bongkak bila ditanyakan soalan oleh media dan wartawan. Agak sakit hati juga kalau mendengar jawapan-jawapan yang diberikannya. Jangan sombong-sombong dik, nanti ramai orang tak suka. Mungkin Liyana Jasmay terkejut atau tidak sengaja dengan kata-katanya dan ramai yang menganggap dia sombong. Tak tahulah kalau diluar bagaimana.

Bukan senang nak memuaskan hati semua orang tapi haruslah berhati-hati ketika bercakap. Mungkin Liyana Jasmay boleh merendahkan nada bicaranya supaya dia nampak lebih bijak dan matang.


Gosip Artis Malaysia : Liyana Jasmay Sombong?

Read more...

Kehebatan Teater Natrah


Kehebatan Teater Natrah

Persembahan lakonan yang mantap dari barisan artis popular seperti Maya Karin, Umie Aida, Remy Ishak, Sofia Jane, Samantha Schubert dan ramai lagi akhirnya dapat memikat hati penonton yang menonton persembahan Teater Natrah yang bermula 30 November. Pementasan teater yang berlangsung selama 3 jam itu cukup untuk menambat hati penonton. Tak rugi jika menonton. Watak yang dibawa oleh maya cukup menjadi apabila dia menjadi anak dara sunti 13 tahun. Nak tahu lebih lanjut anda datang di Istana Budaya. Rugi kalau tak tengok...

Sinopsis Teater Natrah
Natrah mengisahkan Maria Hertogh, seorang gadis Belanda yang diserahkan oleh ibunya kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya kerana ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh atau nama Islamnya Natrah dipelihara dan hidup dalam suasana pendidikan Islam sejak dipelihara oleh Che Aminah.

Namun apabila bapanya Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh tentera Amerika Syarikat, dia pulang ke Bandung, Jawa untuk mencari anaknya Natrah yang ketika itu berada di Chukai, Terengganu. Apabila berlaku perebutan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda konflik agama dan isu penjagaan Natrah telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura pada ketika itu.

Harga Tiket : RM30, RM50, RM70, RM100, RM150

Kaunter Tiket : BOX OFFICE, Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Gosip Artis Malaysia : Kehebatan Teater Natrah

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP