Showing posts with label penyanyi. Show all posts
Showing posts with label penyanyi. Show all posts

Thursday, June 18, 2009

Gosip Artis Malaysia : Cerita Cheryl Samad Mengenai Cinta.


Gosip Artis Malaysia : Cerita Cheryl Samad Mengenai Cinta.

Gosip Artis Malaysia : Cerita Cheryl Samad Mengenai Cinta. Cheryl Samad pengacara, pelakon dan penyanyi. Sungguh berbakat Cheryl Samad. Cheryl Samad atau Cheryl Marina Samad ini seorang yang cukup memilih dalam soal teman hidup?

Selain itu Cheryl Samad juga merasakan kisah cintanya adalah peribadi sejak dia menceburi dunia hiburan Malaysia. Namun bagi Cheryl Samad dia juga manusia biasa yang di ciptakan berpasangan.

"Sebaik sahaja saya menjejakkan kaki dalam bidang seni, cinta dan kehidupan saya di sebalik nama Cheryl Samad adalah sesuatu yang cukup peribadi.

"Hakikatnya, saya lebih suka untuk membicarakan tentang kerjaya. Tetapi, saya sedar sebagai seorang selebriti perkara itu memang tidak dapat dielakkan.

"Apa yang pasti, saya akan bercerita tentang perkara tersebut (cinta) apabila saya benar-benar bersedia dan percaya hubungan itu sudah mampu untuk dibawa ke peringkat seterusnya," Kata Cheryl Samad.

Gosip Artis Malaysia : Cerita Cheryl Samad Mengenai Cinta.

Read more...

Tuesday, June 16, 2009

Gosip Artis Malaysia : Lagi Penyanyi Bermasalah.

Gosip Artis Malaysia : Lagi Penyanyi Bermasalah.

Gosip Artis Malaysia : Lagi Penyanyi Bermasalah. Kali ini penyanyi bermasalah ni bukan ditangkap khalwat atau mabuk mahupun bergaduh. Tetapi penyanyi Malaysia ini dikatakan tidak profesional.

Kejadian ini terjadi apabila penyanyi lelaki ini dikatakan hilang tiba-tiba apabila tiba gilirannya untuk membuat persembahan. Yang peliknya penyanyi itu dikatakan ghaib dalam sekelip mata. Agak kecoh pihak penganjur mencari penyanyi ini. Rupa-rupanya penyanyi ini ada di sekitar situ cuma beliau tidak ada di dalam dewan dimana persembahan berbayar diadakan.

Sebaliknya penyanyi ini bersama rakannya membuat persembahan tanpa memberi tahu pihak penganjur di luar. Di dewan adalah persembahan berbayar dan di luar adalah persembahan percuma. Selain menimbulkan sedikit kekecohan, dikatakan penganjur mengalami sedikit masalah dari insiden itu.

Diharapkan artis lain tidak berkelakuan sebegini. Selain menyusahkan orang lain repotasi anda juga boleh tercalar. Dari kami dengan Gosip Artis Malaysia : Lagi Penyanyi Bermasalah.

Gosip Artis Malaysia : Lagi Penyanyi Bermasalah.

Read more...

Friday, June 12, 2009

Gosip Artis Malaysia : Penyanyi Gebang.

Gosip Artis Malaysia : Penyanyi Gebang.

Gosip Artis Malaysia : Penyanyi Gebang. Hari ini banyak cerita artis Malaysia yang kurang menyenangkan. Ada yang menipu, ada yang main lari-lari. Tak tahulah nak cakap. Bila sembang je cerita pasal artis Malaysia mesti terselit sedikit keburukan.

Baru-baru ini difahamkan ada seorang penyanyi dikatakan berjanji untuk membuat persembahan bersama-sama beberapa artis Malaysia yang lain. Namun apabila tiba masa penyanyi itu yang kian melonjak namanya dikatakan tidak hadir.

Difahamkan lagi artis itu telah bersetuju dengan segala urusan dan berjanji akan hadir. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Tak tahu la kalau artis itu ada persembahan di tempat lain. Tapi kalau ada persembahan di tempat lain kenapa berjanji? Mungkin habuan di tempat lain lagi tinggi?

Apa pun diharapkan artis-artis Malaysia tidak meniru keburukan artis ini kerana ianya boleh menjatuhkan repotasi. Apa pun semoga berjaya buat semua. Dari kami dengan Gosip Artis Malaysia : Penyanyi Gebang.

Gosip Artis Malaysia : Penyanyi Gebang.

Read more...

Sunday, June 7, 2009

Gosip Artis Malaysia : Artis Wanita tunjuk seluar dalam?

Gosip Artis Malaysia : Artis Wanita tunjuk seluar dalam?

Gosip Artis Malaysia : Artis Wanita tunjuk seluar dalam? Ish ish ish..Apa sebenarnya yang bermain difikiran anda apabila membaca tajuk ini? Sebenarnya apa yang terjadi adalah apabila seorang penyanyi baru wanita dikatakan menunjuk seluar dalam semasa membuat persembahan pentas.

Difahamkan semasa tengah menyanyi tu, semua penonton terkejut apabila penyanyi ni asyik dok tarik seluar dalam dia yang macam nak terlondeh di atas pentas. Apa yang cuba dilakukannya itu jelas menunjukkan kelemahan dirinya kepada awam.

"Terbeliak biji mata aku bila tengok dia asyik tarik seluar dalam dia. Dahlah pakai baju ketat. Kita orang nampak seluar dalam dia tu. Siap ada bunga ropol-ropol warna ungu lagi," cerita dari seseorang yang hadir ke persembahan itu.

Mungkin penyanyi ini buat gimik untuk albumnya yang kurang laku itu. Apa pun diharapkan pekara ini tidak dincontohi artis lain atau anda-anda di luar sana Gosip Artis Malaysia : Artis Wanita tunjuk seluar dalam?

Gosip Artis Malaysia : Artis Wanita tunjuk seluar dalam?


Read more...

Monday, May 11, 2009

Liyana Jasmay menyanyi?

Liyana Jasmay menyanyi


Liyana Jasmay menyanyi itulah kata-kata salah seornag peminat hiburan dunia tempatan apabila mendapati gadis kecil molek itu mencuba bakat sebagai penyanyi profesional. Tapi sejak dari itu banyak kutukan dan cemohan dilemparkan kepada beliau. Kenape ek agaknya? Kenapa agaknya Liyana Jasmay di perlaku begitu?

Ada yang mengatakan yang beliau sebenarnya tidak boleh menyanyi.Ada juga yang berkata Liyana Jasmay hanya syok sendiri selain dia tidak mampu bernyanyi secara live.Itu antara kata-kata yang dilemparkan kepada gadis kecil molek itu.Biasa la orang kita mana boleh tengok orang lebih sikit,ye tak....

Ada juga yang mengatakan hajat,supaya Liyana Jasmay fokus pada bidang lakonan sahaja dan tidak perlu menyanyi.Part ni gua suke,Ramai yang memuji Liyana Jasmay dengan lakonan mantap beliau.Dari filem castello hingga syaitan,dan juga ada yang mengatakan Liyana Jasmay sangat pandai membawa watak,walau apa jua watak beliau mesti menjadi.Sangat pandai tu gua tak boleh tahan tu.Tapi betul la,memang Liyana Jasmay ni antara pelakon wanita yang terbaik setakat ni.Salute!

Apa yang membanggakan Liyana Jasmay tidak akan mengalah dan baginya, semua kritikan tersebut adalah lumrah kehidupan yang tidak boleh tidak, akan tetap hinggap dalam kehidupannya sebagai insan seni.


"Saya ceburi bidang nyanyian pun adalah untuk mengembangkan bakat. Memanglah saya masih baru.


"Saya tahu ada yang tidak suka tetapi tanpa disedari, ada juga yang menyukai saya menjadi penyanyi.

"Awal-awal memanglah sumbang sana sini sebab saya masih di tahap bawah. Sebagai orang baru, sudah tentu ada yang tidak sempurna,'' kata Liyana Jasmay.

Namun, jelasnya, sebelum tanggapan buruk itu mula mendatang, dia sudah pun bersedia daripada segi mental dan fizikal.


"Sebagai manusia biasa, memanglah saya merasa hampa dengan kritikan berkenaan.


"Nasib baik saya mendapat sokongan padu daripada keluarga dan peminat. Abang Ajai dan AG Coco pun ada beri semangat.


"Walaupun hampa, saya terima kritikan itu dengan baik. Mana yang teruk, akan saya perbaiki,'' katanya dalam nada sedih.


"Kalau penyanyi boleh jadi pelakon, apa salahnya pelakon pun sama-sama ikut rentak dengan ceburi bidang nyanyian.


"Saya selalu jadikan Bunga Citra Lestari dan Acha Septriasa sebagai contoh. Mereka boleh berlakon dan menyanyi.

"Datuk Siti Nurhaliza juga menjadi ikutan saya. Walaupun sehingga kini beliau masih menerima kritikan, beliau tetap gagah meneruskan perjuangan dalam bidang seni,'' jelas Liyana Jasmay

Aku tidak percaya cinta adalah single beliau yang terbaru dah sudah mula berkumandang di radio beb! lu jangan pandang ini budak kecil-kecil.Semangat dia kuat! itu yang kita perlu.

Relax Liyana,kalau lu layan kutukan tu boleh jadi lumpur artis-artis kita ni.Lu tenang je k.

"Untuk itu, saya kena berani dan kuat. Kalau ikutkan sangat, sampai bila saya tidak akan ke mana-mana,'' tegasnya.

Read more...

Arni nazira bekas isteri awie akan berkahwin.




Arni nazira bekas isteri awie akan berkahwin.

Arni nazira bekas isteri awie akan berkahwin?itulah yang dinyatakan oleh Arni Nazira iaitu bekas isteri awie atau
nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 41.

sedikit ulasan berani Arni,
"Persiapan juga sudah dilakukan sama macam persediaan orang lain yang nak kahwin,"

Dengar cite bakal suami dia ni dia kenal 10 tahun dulu.Jeng jeng jeng!
Adakah dia curang dengan awie?atau ada skandal dengan lelaki itu ketika bersama awie?
Arni yang sebelum ini pernah berumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 41, pada 10 Disember 1998 tetapi jodoh mereka tidak kekal. Mereka berpisah pada 16 Oktober 2007.

Apa-apa pun kami doakan agar pasangan Arni da bakal suaminya kekal.Tak mao la cerai-cerai.Tahun lepas tahun 2008 dah tahun cerai berai.Tahun ni kasi la tahun beranak pinak plak kan..

itu saja dari kami,
Arni nazira bekas isteri awie akan berkahwin.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP