Liyana Jasmay menyanyi?
Liyana Jasmay menyanyi itulah kata-kata salah seornag peminat hiburan dunia tempatan apabila mendapati gadis kecil molek itu mencuba bakat sebagai penyanyi profesional. Tapi sejak dari itu banyak kutukan dan cemohan dilemparkan kepada beliau. Kenape ek agaknya? Kenapa agaknya Liyana Jasmay di perlaku begitu?
Ada yang mengatakan yang beliau sebenarnya tidak boleh menyanyi.Ada juga yang berkata Liyana Jasmay hanya syok sendiri selain dia tidak mampu bernyanyi secara live.Itu antara kata-kata yang dilemparkan kepada gadis kecil molek itu.Biasa la orang kita mana boleh tengok orang lebih sikit,ye tak....
Ada juga yang mengatakan hajat,supaya Liyana Jasmay fokus pada bidang lakonan sahaja dan tidak perlu menyanyi.Part ni gua suke,Ramai yang memuji Liyana Jasmay dengan lakonan mantap beliau.Dari filem castello hingga syaitan,dan juga ada yang mengatakan Liyana Jasmay sangat pandai membawa watak,walau apa jua watak beliau mesti menjadi.Sangat pandai tu gua tak boleh tahan tu.Tapi betul la,memang Liyana Jasmay ni antara pelakon wanita yang terbaik setakat ni.Salute!
Apa yang membanggakan Liyana Jasmay tidak akan mengalah dan baginya, semua kritikan tersebut adalah lumrah kehidupan yang tidak boleh tidak, akan tetap hinggap dalam kehidupannya sebagai insan seni.
"Saya ceburi bidang nyanyian pun adalah untuk mengembangkan bakat. Memanglah saya masih baru.
"Saya tahu ada yang tidak suka tetapi tanpa disedari, ada juga yang menyukai saya menjadi penyanyi.
"Awal-awal memanglah sumbang sana sini sebab saya masih di tahap bawah. Sebagai orang baru, sudah tentu ada yang tidak sempurna,'' kata Liyana Jasmay.Namun, jelasnya, sebelum tanggapan buruk itu mula mendatang, dia sudah pun bersedia daripada segi mental dan fizikal.
"Sebagai manusia biasa, memanglah saya merasa hampa dengan kritikan berkenaan.
"Nasib baik saya mendapat sokongan padu daripada keluarga dan peminat. Abang Ajai dan AG Coco pun ada beri semangat.
"Walaupun hampa, saya terima kritikan itu dengan baik. Mana yang teruk, akan saya perbaiki,'' katanya dalam nada sedih.
"Kalau penyanyi boleh jadi pelakon, apa salahnya pelakon pun sama-sama ikut rentak dengan ceburi bidang nyanyian.
"Saya selalu jadikan Bunga Citra Lestari dan Acha Septriasa sebagai contoh. Mereka boleh berlakon dan menyanyi.
"Datuk Siti Nurhaliza juga menjadi ikutan saya. Walaupun sehingga kini beliau masih menerima kritikan, beliau tetap gagah meneruskan perjuangan dalam bidang seni,'' jelas Liyana JasmayAku tidak percaya cinta adalah single beliau yang terbaru dah sudah mula berkumandang di radio beb! lu jangan pandang ini budak kecil-kecil.Semangat dia kuat! itu yang kita perlu.
Relax Liyana,kalau lu layan kutukan tu boleh jadi lumpur artis-artis kita ni.Lu tenang je k.
"Untuk itu, saya kena berani dan kuat. Kalau ikutkan sangat, sampai bila saya tidak akan ke mana-mana,'' tegasnya.
0 comments:
Post a Comment