Showing posts with label konsert anuar zain. Show all posts
Showing posts with label konsert anuar zain. Show all posts

Wednesday, June 3, 2009

Gosip Artis Malaysia : Konsert Syok Sendiri?

Gambar Hiasan

Gosip Artis Malaysia : Konsert Syok Sendiri?


Gosip Artis Malaysia : Konsert Syok Sendiri? Baru-baru ini telah berlangsung satu konsert. Konsert yang menampilkan artis-artis tanah air dan artis dari seberang Indonesia ini sememang akan gilang gemilang jika di lihat kepada barisan artis yang diturunkan. Namun apa yang terjadi segalanya tidak seperti yang diharapkan.

Selain kurang promosi dan publisiti konsert yang sepatutnya gilang gemilang ini dikatakan suram,sunyi,sepi dari sorakkan penonton. Dikhabarkan konsert ini tidak mendapat sambutan. Ini adalah berpunca dari pihak penganjur yang kurang mempromosikan konsert ini kepada awam.

Selain dari kehadiran penonton yang amat mengecewakan ini. Konsert ini diibaratkan sebagai konsert syok sendiri. Dan ada yang mengatakan Gigs-gigs hujung minggu lagi meriah dari konsert ini yang menampilkan artis-artis terbaik Malaysia dan Indonesia.

Diharapkan kepada penganjur-penganjur lain yang akan mengadakan konsert supaya lebih peka dengan setiap perancangan. Dari kami isu Konsert Syok sendiri.

Gosip Artis Malaysia : Konsert Syok Sendiri?

Read more...

Saturday, May 30, 2009

Gosip Artis Malaysia : Konsert Anuar Zain?


Gosip Artis Malaysia : Konsert Anuar Zain?

Gosip Artis Malaysia : Konsert Anuar Zain?Ya Anuar Zain yang sejak beberapa bulan ini menghilang nampaknya tampil dengan konsert.Kalau korang masih ingat dulu kakaknya Ziana Zain pernah dicabar yang mana beliau dikatakan tidak mampu menyanyi live.

Kali ini adiknya tampil dengan tanpa dicabar kerana semua sudah meengenali penyanyi ini yang mempunyai vokal kelelakian yang sangat tinggi dan mampu membuat semua wanita layu dek alunan suara merdunya.

Mari kita dengar apa kata Anuar Zain.


“Semestinya undangan mengadakan konsert di tempat yang sungguh berprestij, IB menjadi idaman buat sesiapa yang bergelar penyanyi.

“Apatah lagi, dendangan suara diiringi dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan mampu membuai kalbu. Sudah tentu, saya gembira dengan undangan ini.

“Lagipun, inilah kali pertama saya diberi penghormatan mengadakan konsert solo di IB. Sebelum ini, saya pernah terbabit dengan persembahan di IB sempena Konsert Datuk Ahmad Nawab.

“Sepanjang perjalanan karier sebagai insan seni, inilah pencapaian yang paling besar dan ketara. Saya bersyukur kerana selepas bekerja keras dalam pentas muzik akhirnya ada yang menghargai pahit getir selama ini sebagai penyanyi.

“Sudah tentu penghargaan yang diberi adalah perkara paling bererti dalam diari hidup saya,” kata Anuar Zain.

Bagaimana agaknya persiapan Anuar Zain?Mesti mantap punya sejak dia menghilang pasti dia giat menjalani latihan secukupnya.

“Maklumlah, ini konsert solo saya pertama di tempat berprestij itu. Sudah tentu, perancangan perlu disediakan lebih awal.
“Saya bersama pihak terbabit yang menjayakan konsert sudah memulakan persediaan awal Januari lagi. Sejak dari itu, kami sering bertemu dan mengadakan pelbagai diskusi mengenai perjalanan konsert.

“Walaupun konsert ini adalah anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, ia tidak boleh dipandang remeh malah perlu dititikberatkan agar ia berjaya sekali gus mencapai matlamat Festival Muzik,” kata Anuar Zain.

Konsert ‘Lelaki Ini’ ini bakal menghangatkan Panggung Sari, Istana Budaya pada 1 hingga 2 Julai nanti dan tiket berharga dari RM25, RM80, RM150, RM180 dan RM250 boleh didapati di kaunter Box Office Istana Budaya ataupun tempahan secara online.
Apa pun diharapkan segalanya berjalan lancar.Semoga berjaya dari kami di Jom Gosip.
Dari JG untuk anda semua Gosip Artis Malaysia : Konsert Anuar Zain?

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP