Showing posts with label syanie. Show all posts
Showing posts with label syanie. Show all posts

Thursday, June 4, 2009

Gosip Artis Malaysia : Cerita Syanie dengan pembedahannya.


Gosip Artis Malaysia : Cerita Syanie dengan pembedahannya.

Gosip Artis Malaysia : Cerita Syanie dengan pembedahannya. Sebagaimana yang kita tahu Syanie menjalani pembedahan gastric bypass pada Mei lalu. Syanie berbuat demikian bukan untuk kecantikan tetapi beliau terpaksa melakukannya demi kesihatannya. Syanie yang baru menjalani pembedahan itu dalam keadaan stabil.

“Disebabkan ingin sihat, saya kuatkan juga semangat untuk menjalani pembedahan ini walaupun takut. Sudah lama doktor nasihatkan saya lakukan pembedahan tetapi sering saya tidak endahkan.

“Selepas mendapat asma dan sering mengah apabila banyak bergerak, bahkan tubuh besar juga menyukarkan saya untuk memandu membuatkan saya tidak mampu menangguhkannya lagi.

“Alhamdulillah, selepas lebih lima jam proses pembedahan berjalan semuanya selamat. Keadaan kesihatan saya juga semakin beransur pulih.

“Insya-Allah, dalam beberapa hari lagi saya sudah boleh pulang ke rumah,” kata Syanie

Syanie masih ditempatkan di wad rawatan rapi (ICU) itu masih mampu berbicara dengan ramah.

“Cuma ketika ini saya masih loya kerana banyak angin. Doktor sudah berpesan jika mahu cepat keluar hospital, saya kena banyak minum air,” kata Syanie

Syanie amat bersyukur kerana adiknya dapat menemaninya sepanjang dia berada di hospital. Syanie akui yang dia memang takut dengan pembedahan yang dijalankan. Dan baginya adiknya banyak membantunya dan memberi semangat kepadanya.

“Dia banyak membantu tenangkan saya menghadapi saat mendebarkan itu. Maklum, keluarga saya agak emosional dan mudah menitiskan air mata.

“Ketika dibawa masuk ke dewan pembedahan, saya kuatkan semangat dan tahan air mata supaya tidak mengalir kerana tidak mahu mereka susah hati,” kata Syanie.

Apa pun diharapkan Syanie akan sembuh sepenuhnya dan sihat-sihat selalu. Kami gembira kerana pembedahn itu berjaya dilakukan dengan selamat. Dari kami Gosip Artis Malaysia : Cerita Syanie dengan pembedahannya.

Gosip Artis Malaysia : Cerita Syanie dengan pembedahannya.


Read more...

Tuesday, May 26, 2009

Artis Malaysia Kegemukan,Syanie potong perut.


Artis Malaysia Kegemukan,Syanie potong perut.

Artis Malaysia Kegemukan,Syanie potong perut.Sudah lama kita tak dengar cerita comel Malaysia Syanie.Dengar cerita Syanie hendak membuang lemak dibadannya.Bukan untuk kecantikan tapi kesenangannya menjalankan kehidupan.Syanie dikatakan tidak boleh duduk di bawak (bersila) dan menaiki tangga.Denyutan jantung Syanie juga dikatakan semakin laju dan difahamkan jantung Syanie mengalami bengkak.
Sedikit kata-kata dari Syanie.

"Bukan itu saja, nak duduk atas lantai dan naik-turun tangga pun dah tak boleh. Memang rasa beban sikit," katanya.

Pembedahan yang dinamakan Gastric Bypass itu dijalankan pada 26 Mei di Hospital Pakar Damansara.Selepas pembedahan tu tak mustahil Syanie boleh lawan populariti Rozita Che Wan.Wah!

Tapi bukanlah itu niat Syanie kerna dia melakukan ini semua demi menikmati kehidupan yang selesa.Pembedahan yang hendak dilakukan Syanie sama seperti yang pernahdibuat chef selebriti terkenal iaitu Chef Zam.Tapi bukanlah selepas pembedahan tu terus seimbang berat badan Syanie tu.Tapi doktor bagi jaminan 2 tahun sebelum berat badan Syanie seimbang.

Syanie mengharapkan yang beliau tidak dipandang serong oleh peminatnya yang beranggapan beliau melakukan ini semua untuk kecantikan.Malah yang sedihnya Syanie kata dia tak nak kerana beratnyaitu, orang merungut nak angkat jenazahnya kalau ditakdirkan dia meninggal dunia nanti.

Syanie tak mau fikir bukan-bukan okey!Apa pun kami di JG doakan Syanie agar selamat menjalani pembedahan ini.Diharapkan semuanya berjalan lancar.Dari JG untuk anda semua Artis Malaysia Kegemukan,Syanie potong perut.

Artis Malaysia Kegemukan,Syanie potong perut.



Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP