Monday, November 30, 2009

Hans Isaac Nak Saman AC Mizal?

Hans Isaac Nak Saman AC Mizal?

Wah banyak betul kita dengar cerita pasal saman menyaman artis ni. Agaknya musim kot? Belum lagi reda tentang kes Nora Danish yang bakal di saman timbul pula cerita Sahabat baik AC Mizal iaitu Hans Isaac nak menyamannya. Apa cerita?

Memang sebelum ini mereka berdua mempunyai perselisihan faham, akhirnya sampai ke episod saman menyaman pula. Sampai macam tu sekali? Hans Isaac di katakan hendak menyaman AC Mizal kerana AC Mizal tidak memberikan dalam pementasan Cuci The Musical beberapa minggu lalu di Istana Budaya.

Tetapi Hans Isaac memberi kenyataan bahawa yang mereka berdua sudah berdamai, tapi kenapa pula timbul isu Hans Isaac nak menyaman AC Mizal? Kan kamu tu bersahabat baik. Tak elok saman-saman ni. Diharapkan Hans dan AC Mizal dapat menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin dan tidak perlu naik turun ke makamah. Ok.

Gosip Artis Malaysia : Hans Isaac Nak Saman AC Mizal?

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP