Sunday, November 29, 2009

Nora Danish Di Saman?

Nora Danish Di Saman?

Dengar cerita pelakon kecil molek Nora Danish akan di saman, betul ke? Ini adalah kerana sikap tidak profesional Nora Danish terhadap Syarikat Produksi itu. Apa tidaknya Nora Danish dikatakan tidak mahu meneruskan pengambaran drama bersiri Spa Qistina.

Global Station terpaksa membuat pengambaran semula drama bersiri Spa Qistina selepas Nora Danish menarik diri. Ceritanya begini, dikatakan di dalam perjanjian awal Nora Danish tidak ada adegan bersama dan tidak akan bertemu muka sepanjang pengambaran berlangsung bersama pelakon popular Fasha Sandha. Namun tidak disangka-sangka Nora Danish dan Fasha Sandha bertembung pada hari pengambaran. Nora Danish merasakan pihak produksi tidak mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui.

Selepas Nora Danish melakonkan 38 babak daripada 103 babak drama itu Global Station terpaksa membuat pengambaran semula yang akan melibatkan kos lain. Kerana sikapnya yang tidak profesional itulah di bakal akan dikenakan tindakan saman oleh Global Station. Tetapi jawapan yang tepat sama ada Nora Danish akan dikenakan tindakan saman atau tidak masih lagi didalam perbincangan.

Tetapi Nora Danish ni dikatakan tidak mahu untuk diajak berbincang. Mungkin masih ada lagi jalan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku. Pihak Global Station sedih dengan tindakannya itu. Global Station ada hak untuk menyaman Nora Danish kerana produksi itu banyak menanggung kerugian gara-gara Nora Danish menarik diri untuk meneruskan pengambaran drama itu walaupun Nora Danish masih belum menandatangani apa-apa perjanjian.

Macam-macam hal artis kita ni. Walau apa pun kita masih menunggu keputusan dari pihak Global Station sama ada Nora Danish dikenakan tindakan saman atau tidak.

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP