Showing posts with label Eena. Show all posts
Showing posts with label Eena. Show all posts

Thursday, June 25, 2009

Gosip Artis Malaysia : Yassin Tidak Gila.


Gosip Artis Malaysia : Yassin Tidak Gila.

Gosip Artis Malaysia : Yassin Tidak Gila. Yassin yang baru-baru ini di masukkan ke wad atas dasar tekanan jiwa dikatakan gila. Ada pihak mengatakan Yassin semakin parah dan gila. Namun Isteri Yassin iaitu Eena mempunyai keterangan mengenai suaminya Yassin.

"Sebagai isteri, saya lebih tahu keadaan suami saya. Dia tidak mengalami sebarang masalah dan kehidupan kami macam biasa sahaja. Semua itu hanya andaian dan gosip semata-mata," kata Eena isteri Yassin.

"Bagi saya apa yang Yassin catat dalam status Facebook itu adalah luahan rasa dan apa yang terlintas di fikirannya. Saya rasa sesiapa saja yang ada Facebook akan melakukan perkara serupa. Tapi disebabkan Yassin menulisnya, ia menjadi satu isu. Lagipun setahu saya, dia tak menulis kata-kata yang mengutuk atau mencarut. Saya senang saja, kalau tak suka jangan baca. Tutup cerita.

"Bagi saya artis juga adalah manusia biasa. Mereka punyai perasaan. Kadang-kadang dia rasa macam ini, kadang-kadang mereka rasa macam tu. Samalah juga seperti suami saya. Dia hanya menulis apa yang dirasainya," ulas Eena isteri Yassin.

Dari kami dengan Gosip Artis Malaysia : Yassin Tidak Gila.

Gosip Artis Malaysia : Yassin Tidak Gila.

Read more...

Tuesday, June 16, 2009

Gosip Artis Malaysia : Sah Yassin Mengalami Tekanan Jiwa.


Gosip Artis Malaysia : Sah Yassin Mengalami Tekanan Jiwa.

Gosip Artis Malaysia : Sah Yassin Mengalami Tekanan Jiwa. Yassin bekas anggota kumpulan nasyid brothers yang baru-baru ini dilaporkan ditahan di wad nampaknya sudah dibenarkan pulang. Isterinya, Sharifah Eena Houzyama Syed Mokhsain atau Eena berkata Yassin mengalami tekanan jiwa kerana sibuk bekerja.

"Sekarang Yassin memang banyak kerja. Dia bukan saja perlu menyiapkan lagu untuk beberapa artis tanah air tetapi pada masa sama, mempunyai projek nyanyiannya sendiri. Justeru, dia sangat keletihan dan kini memerlukan rehat yang lebih.

"Oleh itu, saya harap suami diberi peluang untuk mendapatkan rehat secukupnya. Doktor pun memaklumkan yang dia memerlukan rehat dan kurang diganggu. Jadi, saya mengharapkan kerjasama daripada pihak media dan memahami situasi Yassin ketika ini.

"Berilah masa kepadanya untuk berehat. Apabila semuanya pulih dan dia pun sudah menyiapkan segala kerja seninya, mungkin kami akan membuat sidang media untuk penjelasan lanjut. Buat masa ini, kalau boleh saya tidak mahu Yassin diganggu," kata Eena isteri kepada Yassin.

Difahamkan Yassin dinasihatkan berehat. Sebab itulah Yassin tidak menjawab sebarang panggilan dari wartawan mahupun media. Kata Eena lebih baik Yassin berehat daripada pekara yang tidak diingini terjadi.

"Kepada peminat Yassin dan sesiapa yang mengenalinya, saya mohon turut mendoakan dia kembali sihat. Bahkan, dapat menyiapkan semua kerja seninya. Sebagai isteri, saya sangat berharap dia mendapat rehat secukupnya di rumah," kata Eena.

Semoga cepat sembuh Yassin. Dari kami dengan Gosip Artis Malaysia : Sah Yassin Mengalami Tekanan Jiwa.

Gosip Artis Malaysia : Sah Yassin Mengalami Tekanan Jiwa.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP