Gosip Artis Malaysia : Sah Yassin Mengalami Tekanan Jiwa.
Gosip Artis Malaysia : Sah Yassin Mengalami Tekanan Jiwa.
Gosip Artis Malaysia : Sah Yassin Mengalami Tekanan Jiwa. Yassin bekas anggota kumpulan nasyid brothers yang baru-baru ini dilaporkan ditahan di wad nampaknya sudah dibenarkan pulang. Isterinya, Sharifah Eena Houzyama Syed Mokhsain atau Eena berkata Yassin mengalami tekanan jiwa kerana sibuk bekerja.
"Sekarang Yassin memang banyak kerja. Dia bukan saja perlu menyiapkan lagu untuk beberapa artis tanah air tetapi pada masa sama, mempunyai projek nyanyiannya sendiri. Justeru, dia sangat keletihan dan kini memerlukan rehat yang lebih.
"Oleh itu, saya harap suami diberi peluang untuk mendapatkan rehat secukupnya. Doktor pun memaklumkan yang dia memerlukan rehat dan kurang diganggu. Jadi, saya mengharapkan kerjasama daripada pihak media dan memahami situasi Yassin ketika ini.
"Berilah masa kepadanya untuk berehat. Apabila semuanya pulih dan dia pun sudah menyiapkan segala kerja seninya, mungkin kami akan membuat sidang media untuk penjelasan lanjut. Buat masa ini, kalau boleh saya tidak mahu Yassin diganggu," kata Eena isteri kepada Yassin.
Difahamkan Yassin dinasihatkan berehat. Sebab itulah Yassin tidak menjawab sebarang panggilan dari wartawan mahupun media. Kata Eena lebih baik Yassin berehat daripada pekara yang tidak diingini terjadi.
"Kepada peminat Yassin dan sesiapa yang mengenalinya, saya mohon turut mendoakan dia kembali sihat. Bahkan, dapat menyiapkan semua kerja seninya. Sebagai isteri, saya sangat berharap dia mendapat rehat secukupnya di rumah," kata Eena.
Semoga cepat sembuh Yassin. Dari kami dengan Gosip Artis Malaysia : Sah Yassin Mengalami Tekanan Jiwa.
Gosip Artis Malaysia : Sah Yassin Mengalami Tekanan Jiwa.
0 comments:
Post a Comment