Tuesday, June 2, 2009

Gosip Artis Malaysia : Keterangnan Noh Hujan mengenai Nora Danish.

Gosip Artis Malaysia : Keterangnan Noh Hujan mengenai Nora Danish.

Gosip Artis Malaysia : Keterangnan Noh Hujan mengenai Nora Danish.Noh Hujan dan Nora Danish baru-baru ini dikaitkan dan mengatakan yang mereka ni sibuk hangat bercinta.Tetapi bukankah Noh Hujan sudah mempunyai teman wanita yang melanjutkan pelajaran ke luar negara?

Mari kita dengarkan apa kata Noh Hujan.

“Kalau boleh, saya tidak mahu memperbesar-besarkan isu ini dengan memberi kenyataan kerana bimbang akan di sensasikan. Apa yang boleh, saya katakan, kami hanya kawan biasa.

“Ramai sedia maklum, saya sudah mempunyai teman wanita dan kini melanjutkan pelajaran di Australia dalam jurusan seni bina.

“Manakala Nora, antara rakan wanita yang saya senang berdampingan kerana dia kelakar, manis dan menyeronokkan. Paling buat saya serta kawan-kawan lain mengagumi dan menghormati Nora ialah ketabahannya mengharungi hidup sebagai ibu tunggal pada usia yang muda.

“Walau apa dugaan terpaksa ditempuh, dia tidak pernah cakap buruk pasal orang atau salahkan sesiapa. Bahkan, tabah menempuh hari mendatang tanpa mengabaikan kebajikan anak kesayangannya itu. Saya tidak hairan kalau ramai kawan selesa atau sayangkan Nora kerana dia memang baik.

“Apapun, saya bimbang jika gosip ini terus diperkatakan orang nanti, Nora juga menjadi tidak selesa berkawan dengan saya. Pada masa sama, saya juga mahu menjaga hati teman wanita.

“Memang kita tidak mampu meramalkan dengan siapa jodoh kita. Namun, disebabkan hal ini, teman wanita saya pernah merajuk. Maklumlah, dalam keadaan berjauhan begini, bertambah kuat curiganya walaupun dia sendiri tahu gosip ini tidak benar,” kata Noh Hujan atau Muhammad Noh.

Jelas sekali Noh Hujan tahu akan situasinya yang sudah mempunyai teman wanita dan tidak akan curang dibelakang teman wanitanya.Diharapkan apa yang di perkatakan oleh Noh Hujan ini sedikit sebanyak dapat membantu menjawab segala pertanyaan di luar sana.Dari kami Gosip Artis Malaysia : Keterangnan Noh Hujan mengenai Nora Danish.

Gosip Artis Malaysia : Keterangnan Noh Hujan mengenai Nora Danish.

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP