Monday, June 8, 2009

Gosip Artis Malaysia : Bolehkah Tomok Berlakon?

Gosip Artis Malaysia : Bolehkah Tomok Berlakon?

Gosip Artis Malaysia : Bolehkah Tomok Berlakon? Tomok berlakon? Tomok sebenarnya baru sahaja ditawarkan untuk membintangi filem baru keluaran produksi Flare Studios Sdn Bhd yang bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Tomok yang baru sahaja memenangi rancangan realiti Tv itu nampaknya murah rezeki.
Dia menganggap tawaran filem itu yang hadir selepas dia menang OIAM3 sebagai peluang besar yang tidak seharusnya dilepaskan.

Kata Tomok,

"Saya berpandangan plot filem ini menarik dan mampu memberi tarikan kepada golongan muda untuk menonton. Walaupun saya kurang pengalaman lakon, tetapi saya berusaha untuk berikan lakonan terbaik dan belajar daripada pengalaman pelakon lain. Kata Tomok.

"Peluang seperti berlakon filem ini tidak datang selalu. Namun, saya tidak lupa dengan matlamat saya dalam bidang nyanyian untuk menyiapkan album solo saya. Kata Tomok.

"Apa yang saya harapkan, kedua-dua kerjaya ini berjalan lancar," kata Tomok.

Tomok yang akan digandingkan dengan pelakon masa kini Lisa Surihani, Hairie Othman dan beberapa pelakon dari Rusia dikatakan makin teruja untuk melakonkan watak yang diberi.
Semoga berjaya Tomok. Dari kami dengan Gosip Artis Malaysia : Bolehkah Tomok Berlakon?

Gosip Artis Malaysia : Bolehkah Tomok Berlakon?



0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP