Wednesday, June 17, 2009

Gosip Artis Malaysia : Zahiril Mahu Ikut Jejak Sidi Oraza?


Gosip Artis Malaysia : Zahiril Mahu Ikut Jejak Sidi Oraza?

Gosip Artis Malaysia : Zahiril Mahu Ikut Jejak Sidi Oraza? Zahiril pelakon yang boleh dianggap baru dalam industri kita. Zahiril di awal penampilannya dalam siri Kami dan terus diserapkan ke Filem Kami The Movie itu menampakkan mutu lakonan yang memberangsangkan.

Namun ada pihak mengatakan Zahiril akan berhenti berlakon sebaliknya lebih kepada pementasan teater. Zahiril yang menuntut di ASWARA dikatakan lebih menonjol berbanding kawan-kawannya yang lain yang lebih memetaskan teater berbanding berlakon drama atau filem.

"Pembabitan saya boleh dianggap baru setengah langkah. Saya tengah merangkak untuk membina nama. Hakikat sama ada saya berada di laluan yang betul atau tidak saya sendiri kurang pasti.

"Namun syukur selepas menamatkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam bidang teater, kerjaya saya meluncur laju.

"Belum lagi berlaku hari yang saya lalui tanpa bekerja di lokasi penggambaran," kata Zahiril.

"Pada saya bidang lakonan ada dua fungsi. Pertamanya kita berkarya untuk mendidik kerana fungsi anak seni adalah menjadi orang tengah dan menyampaikan apa saja mesej yang ingin ketengahkan.

"Keduanya minat dan kerana itu saya tidak akan berhenti berlakon selagi saya belum berasa puas. Sekiranya saya dapat seperti apa yang diperoleh Sidi Oraza, saya tidak teragak-agak berhenti.

"Begitupun sesekali saya akan berlakon, tetapi dalam karya yang baik dan mencabar.

"Namun biarlah waktu itu saya sudah mempunyai kerjaya lain yang boleh menjamin masa depan," kata Zahiril.

Zahiril menjadikan Sidi Oraza sebagai ikonnya nampak yakin dengan kenyataan yang diberi. Diharapkan Zahiril berjaya di masa akan datang. Dari kami dengan Gosip Artis Malaysia : Zahiril Mahu Ikut Jejak Sidi Oraza?

Gosip Artis Malaysia : Zahiril Mahu Ikut Jejak Sidi Oraza?

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP