Monday, June 1, 2009

Gosip Artis Malaysia : Perkahwinan Darling.

Gosip Artis Malaysia : Perkahwinan Darling.

Gosip Artis Malaysia : Perkahwinan Darling.Aktres dan produser, Nasreen Ngasri, 26, yang mesra dengan panggilan Darling akhirnya sah bergelar isteri kepada kekasih hatinya, Nur Azlin Rahmat, 34, pada majlis pernikahan mereka yang berlangsung di rumah keluarga Darling bertempat di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh, di sini, hari ini.Hanya dengan sekali lafaz, pasangan yang dinikahkan sendiri oleh bapa Darling, Ngasri Sain ini melahirkan rasa bersyukur kerana berjaya menyatukan cinta mereka meskipun hubungan yang terjalin belum pun mencecah setahun.

Lebih bermakna lagi, majlis bersejarah pasangan itu juga secara kebetulan menjadi hadiah istimewa buat Darling yang akan menyambuthari lahirnya yang ke-26 pada 2 Jun ini manakala hari lahir bapanya juga jatuh pada 31 Mei.

"Memang kami merancang untuk adakan majlis ini pada musim cuti persekolahan. Secara kebetulan pula tarikh yang dipilih ini berdekatan dengan hari lahir saya dan bapa. Malah, saya rasa gembira sangat dinikahkan sendiri oleh bapa.

"Apapun, saya bersyukur majlis hari ini berjalan dengan lancar. Dan sekarang nampaknya saya sudah bergelar isteri.

Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan kami kahwin terlalu cepat, tapi saya lebih senang katakan ini adalah jodoh.

"Kami dapat rasa keserasian antara kami. Malah, Azlin pun rasa dengan usianya sekarang memang dia sudah bersedia untuk berkahwin.

"Cuma sekarang saya akui, tanggungjawab yang perlu saya pikul lebih besar. Mungkin akan mengambil masa sedikit untuk saya dan suami sesuaikan diri dengan hidup baru ini," kata Darling yang ditemui sejurus berakhirnya majlis tersebut.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Darling menerima mas kahwin RM80, wang hantaran sebanyak RM22,222.22 serta sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihaknya.

wah!banyaknya.Yang penting kebahagiaan yang dikecapi.Diharapkan pasangan ini akan sentiasa bahagia.Tak mau cerai-cerai.Dari kami Gosip Artis Malaysia : Perkahwinan Darling.

Gosip Artis Malaysia : Perkahwinan Darling.

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP