Friday, June 5, 2009

Gosip Artis Malaysia : Dynas masih bersemangat.


Gosip Artis Malaysia : Dynas masih bersemangat.

Gosip Artis Malaysia : Dynas masih bersemangat. Dynas yang baru mengalami berita sedih kini tampil dengan lebih bersemangat atas apa yang terjadi kepada dirinya. Dynas yang ingin melupakan peristiwa hitam dan mahu teruskan hidup baru dengan aktiviti lakonan.


"Selepas habis pantang, Isnin minggu lalu saya sudah kembali ke lokasi penggambaran. Saya terbabit dengan drama Kala Hati untuk slot Samarinda di TV3. Dalam drama ini, saya membawa watak utama bersama Adi Putra dan dibantu pelakon lain seperti Pushpa Narayan.

"Menariknya, watak saya adalah anak orang kaya yang suka bersosial dan kemudian bertunang atas kehendak keluarga. Namun, watak saya dengan Adi sebenarnya tidak kenal rapat antara satu sama lain tetapi kami berusaha untuk berbaik bila keluarga mahu kami berkahwin.

"Berbanding lakonan saya sebelum ini menerusi Julia Juli, watak saya lebih kebudakkan tetapi kali ini menjadi manja dan playful. Buat masa ini, saya hanya memberi fokus pada satu drama saja pada satu masa. Ada juga tawaran drama lain dan filem yang saya terima tetapi saya tolak.

"Ketika berpantang dan asyik duduk di rumah dulu, fikiran saya kerap teringat pada anak saya tetapi kini perasaan saya makin tenang. Ini semua atas sokongan suami (Mohd Hafizy Mohd Hafiz) dan keluarga kedua pihak dan saya bersyukur kerana mereka banyak beri perhatian ketika saya sakit.

"Walaupun saya kembali bersemangat untuk bekerja tetapi saya masih berasa gusar sedikit untuk bertemu orang sekeliling yang akan bertanya peristiwa yang sama. Sebolehnya saya tidak mahu orang lain kasihan dengan diri saya kerana saya sudah sihat.

"Sebelum ini, banyak panggilan yang saya terima tetapi saya lebih mengambil sikap berdiam diri. Saya harap orang lain tidak tanya peristiwa ini lagi bila bertemu saya," kata Dynas.

Apa pun Dynas diharapkan Dynas akan terus bersemangat menempuh hari-hari mendatang ini. Semoga karier Dynas tidak terjejas. Dari kami Gosip Artis Malaysia : Dynas masih bersemangat.

Gosip Artis Malaysia : Dynas masih bersemangat.

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP