Wednesday, June 3, 2009

Gosip Artis Malaysia : Dugaan Cinta Scha

Gosip Artis Malaysia : Dugaan Cinta Scha.

Gosip Artis Malaysia : Dugaan Cinta Scha. Scha tidak asing lagi bagi industri tanah air kita. Sejak penampilan beliau dalam drama-drama melayu kini nama Scha sering dikaitkan dengan Fahrin. Dan khabarnya hubungan Fahrin dan Scha kian retak. Retak? kenapa pula ni.

Kita dengar apa kata Scha,

"Dalam berkawan, perselisihan faham dan berbeza pendapat itu saya anggap perkara biasa. Ia secara tidak langsung membuatkan kami saling mengenali antara satu sama lain dan menjadikan hubungan itu bertambah rapat.

"Memang pada majlis ABPBH08, saya dan Fahrin sedang berhadapan dengan masalah, tetapi kami tidak bercerita kepada sesiapa. Tidak sangka pula ia disedari ramai.

"Masalah itu tidak berpanjangan kerana Fahrin sendiri mudah dibawa berbincang. Kami lebih suka bersikap terbuka dalam mencari jalan penyelesaian.

"Dia mudah meminta maaf dan memaafkan, jadi secara tidak langsung persengketaan yang timbul dapat diselesaikan," kata Scha.

Scha yang pelik dengan segelintir pihak sehinggakan masalah kecil menjadi isu,Scha berkata.

"Saya tidak berasa rimas dengan perkara ini kerana memahami situasi yang berlaku. Maklumlah saya berkawan dengan pelakon popular sudah pasti apa saja yang terjadi antara kami akan mendapat perhatian ramai.

"Cuma sebagai orang yang masih baru dalam bidang seni, impak yang berlaku membabitkan kontroversi hubungan dengan Fahrin kepada saya agak besar. Bagaimanapun saya anggap ia sebagai pengalaman berharga dan cuba belajar untuk menanganinya pada masa hadapan dengan lebih baik," kata Scha lagi.

Apa pun diharapkan pekara yang kecil dapat diselesaikan dengan aman. Dari kami dengan Gosip Artis Malaysia : Dugaan Cinta Scha.

Gosip Artis Malaysia : Dugaan Cinta Scha.


0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP