Tuesday, June 2, 2009

Gosip Artis Malaysia : Didie Alias Kahwin?

Gosip Artis Malaysia : Didie Alias Kahwin?

Gosip Artis Malaysia : Didie Alias Kahwin?Didie Alias tidak asing lagi bagi kita.Pelakon dan ibu kepada 5 anak ini tidak pernah kenal erti penat untuk membesarkan anaknya setelah berpisah dengan bekas suaminya pada 2002.Namun difahamkan Didie Alias sudah berkahwin.

Didie dan bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), Norisham Ismail bernikah 6 Mei lalu di Pejabat Agama Keramat. Wah! kahwin senyap-senyap ye.Mari kita dengar apa kata Didie Alias.

“Kami memang dah lama merancang untuk berkahwin. Cuma, hasrat itu asyik tertangguh kerana masing-masing sibuk dengan kerja. Apatah lagi saya bekerja dengan produksi dan bukan boleh ambil cuti sesuka hati saja. Setelah banyak kali merancang akhirnya 6 Mei lalu, sehari selepas selesai penggambaran drama R&R barulah hasrat kami itu dimakbulkan Tuhan,” kata Didie Alias.

“Kebetulan dua hari selepas majlis pernikahan saya dan suami ke Jakarta untuk bercuti. Percutian itu sebenarnya telah ditempah lebih awal dan tidak ada kaitan dengan keputusan untuk menikah hari tu. Orang mungkin tak dapat cari saya kerana talian telefon tidak begitu baik di sana. Apa pun, saya tak pernah cuba nak sorokkan perkahwinan ini,” luah Didie Alias.

“Saya tak pernah lupakan kawan-kawan dan media. Cuma waktu nikah hari tu, masa terlalu singkat jadi kami tak sempat nak buat majlis macam orang lain,” kata Didie Alias lagi.

“Ini merupakan perkahwinan pertama buat suami saya. Bagaimanapun, dia tidak kekok berkongsi tanggungjawab dengan saya menjaga anak-anak.

"Sebenarnya sebelum kahwin pun dia sudah mesra dengan kami anak-beranak, malah semua anak-anak saya sangat sayangkan dia dan selalu bertanya bila kami nak berkahwin,” ujar Didie Alias.

Alhamdulillah.Diharapkan kekallah hendaknya.Apa pun sebagaimana yang kita tahu Didie Alias bukanlah seorang yang suka tampil di dada-dada akhbar.Didie Alias yang kelihatan low profile ini sememangnya disenangi semua rakan media dan artis.Semoga berbahagia.Dari kami Gosip Artis Malaysia : Didie Alias Kahwin?

Gosip Artis Malaysia : Didie Alias Kahwin?

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP