Gosip Artis Malaysia : Lisa Surihani Jadi Peguam.
Gosip Artis Malaysia : Lisa Surihani Jadi Peguam.
Gosip Artis Malaysia : Lisa Surihani Jadi Peguam. Itulah hasrat Lisa Surihani yang membitangi hampir 10 buah filem termasuklah, Jangan Pandang Belakang Congkak, Budak Setan dan yang terbaru filem futuristik, Mantera, graduan daripada jurusan undang-undang dari Universiti Aberystwyth, Wales, United Kingdom ini memberitahu dia masih mahu meneruskan hasratnya untuk bergelar peguam. Kata Lisa Surihnai, walaupun karier seninya semakin menyinar, namun hasratnya untuk bergelar peguam suatu hari nanti tidak pernah terpadam.
“Alhamdulillahlah, rezeki Lisa dalam bidang lakonan memang sentiasa ada dan sekarang pun Lisa masih didatangi beberapa tawaran lakonan. Memandangkan rezeki Lisa lebih kepada bidang lakonan, jadi ada baiknya kalau tumpukan pada satu bidang dahulu. Tapi macam mana pun, Lisa tak pernah lupa untuk meneruskan bidang undang-undang yang dipelajari selama ini. Memang sejak kecil lagi, Lisa dah cita-cita untuk jadi peguam dan Lisa akan pastikan yang Lisa akan jadi peguam suatu hari nanti,” kata Lisa Surihani.
Arwah bapanya dulu seorang peguam dan mungkin atas dasar itu Lisa Surihani ingin meneruskan cita-citanya di dalam bidang guaman. Apa pun diharapkan segala yang dihajati tercapai demi masa depan yang cemerlang. Dari kami dengan Gosip Artis Malaysia : Lisa Surihani Jadi Peguam.
Gosip Artis Malaysia : Lisa Surihani Jadi Peguam.
0 comments:
Post a Comment