Monday, June 1, 2009

Gsoip Artis Malaysia : Joe Flizzow wartawan?


Gsoip Artis Malaysia : Joe Flizzow wartawan?

Gsoip Artis Malaysia : Joe Flizzow wartawan?Joe Filzzow atau nama sebernarnya Johari Ishak adalah antara peserta Young Writer Workshop anjuran The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad pada 1996 selama dua bulan sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Saya masih ingat lagi selain emak saya sendiri, Fatimah Abu Bakar antara yang mengendalikan bengkel itu. Malah, setiap hari saya perlu melaporkan tugasan kepada Hisham Harun.

"Walaupun beberapa kali ponteng dari kursus berkenaan, melalui bengkel itulah yang saya mula jatuh cinta dengan bidang penulisan cuma melebarkan minat dalam bidang yang berbeza. Banyak juga artikel yang disiarkan dan kalau tidak silap empat atau lima kali tertera 'byline' nama saya.

"Pengalaman paling tidak dapat dilupakan tentu sekali sewaktu diminta menulis 'special write up' mengenai kematian rapper terkenal, Tupac Amaru Shakur pada 13 September 1996 kerana waktu itu tidak ramai mengenali siapa beliau.

"Saya diberi kepercayaan itu kerana pengarang menyedari kecenderungan saya pada hiburan. Melalui artikel berkenaan saya menerima maklum balas positif dari pelbagai pihak termasuk pembaca dan sehingga sekarang masih menyimpan keratan akhbar dan komen daripada pembaca.

"Sesudah tamat SPM saya bergiat aktif dalam arena nyanyian bersama Malique dan menubuhkan Too Phat. Bermula dari situlah saya menggali kebolehan sebagai penulis lirik," kata Joe Flizzow.

Ooo...nak jadi macam ibunya rupanya.Apa pun semoga berjaya dengan pilihan anda.Joe yang diberi jolokkan Jay Z Malaysia ini memang terserlah kebolehannya dari menyampaikan lagunya dan dama penulisan lirik.Semoga berjaya.Dari kami Gsoip Artis Malaysia : Joe Flizzow wartawan?

Gsoip Artis Malaysia : Joe Flizzow wartawan?

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP