Monday, June 8, 2009

Gosip Artis Malaysia : AC Mizal Rindu Watak Inspektor Mazlan.

Gosip Artis Malaysia : AC Mizal Rindu Watak Inspektor Mazlan.

Gosip Artis Malaysia : AC Mizal Rindu Watak Inspektor Mazlan. Inspektor Mazlan adalah watak yang dilakonkan oleh Ac Mizal dalam siri gerak khas yang disiarkan di RTM. Ac Mizal mengakui dia amt rindukan watak itu yang telah lama di tinggalkan.

Ac Mizal, Baginya peluang untuk melakonkan watak itu jelas membantu namanya dikenali ramai selepas era 4u2c berakhir. Namun Ac Mizal tidak pernah lupakan 4u2c.

“Saya tidak boleh lupa perasaan terharu yang teramat sangat apabila diberikan peluang untuk berlakon dalam drama bersiri kepolisan ini. Maklumlah ketika muda remaja dulu kebetulan ada angan-angan mahu menjadi ala-ala Jacky Chan Malaysia,” kata Ac Mizal.

“Tapi Datuk Yusof sememangnya seorang penerbit dan pengarah yang punya aspirasi diri yang tinggi. Dia bijak menilai karakter pelakonnya dan menyerapkan elemen semula jadi itu sehingga ia nampak cukup santai dan selesa,” Kata AC Mizal lag.

AC Mizal beranggapan Datuk Yusof Haslam adalah pengarah filem yang terbaik. Selain dapat mengarah sesebuah filem itu dengan baik. Datuk Yusof Haslam juga mampu membawa satu impak kepada filem-filem beliau.

“Bayangkan dia boleh marah kita macam dia marah anak-anaknya sendiri dan kemudian peluk kita macam dia bapa kita, jadi selepas empat setengah tahun bersama Gerak Khas, sebenarnya saya terasa juga apa bila sekarang tidak lagi bekerja sebumbung dengannya,” tegas AC Mizal.

Adakah Ac Mizal akan berlakon semula di siri gerak khas? Kita sama-sama nantikan. Dari kami dengan Gosip Artis Malaysia : AC Mizal Rindu Watak Inspektor Mazlan.

Gosip Artis Malaysia : AC Mizal Rindu Watak Inspektor Mazlan.

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP