Thursday, June 4, 2009

Gosip Artis Malaysia : Erra Fazira dan Engku Emran tak tetap pendirian?


Gosip Artis Malaysia : Erra Fazira dan Engku Emran tak tetap pendirian?

Gosip Artis Malaysia : Erra Fazira dan Engku Emran tak tetap pendirian? Erra Fazira dan Engku Emran yang baru saja menyambut kedatangan orang baru dikatakan tidak tetap pendirian. Ini adalah kerana sebelum ini Erra Fazira dan Engku Emran ada mengatakan yang mereka tidak mahu anak mereka Engku Aleesya untuk disiarkan di televisyen.

Tetapi Gu Gu Gaga Erra akan mula ditayangkan di Astro Ria bermula 9 Jun ini pada jam 9 malam dan ulangannya setiap Ahad jam 1.30 petang itu dikatakan telah menampakkan yang Erra Fazira dan Engku Emran tidak tetap pendirian. Namun Erra Fazira punyai sebab untuk itu.

"Bagaimanapun, berbeza dengan rancangan realiti TV ini kerana ia membabitkan kami sekeluarga. Hendak menggunakan anak orang lain rasanya kurang manis kerana konsep Gu Gu Gaga memaparkan pengalaman saya dan Emran pertama kali menjadi ibu serta ayah.

"Dalam menjayakan rancangan ini memang ada sejumlah bayaran diterima, tetapi itu bukanlah soal utamanya. Lebih penting banyak perkara baik yang saya pelajari sepanjang rakaman dijalankan apatah lagi Johnson & Johnson menyediakan pakar penjagaan bayi.

"Mengambil contoh dalam beberapa episod ada menunjukkan bagaimana saya belajar mengenai urutan untuk bayi dan kebaikannya untuk ibu. Semua pengalaman ini kepada saya lebih berharga daripada bayaran diterima.

"Seperkara lagi seperti dijanjikan kepada peminat, rancangan ini hadiah untuk mereka. Sebelum ini pelbagai cerita tidak sedap didengar membabitkan keputusan saya yang tidak mahu memaparkan wajah Aleeya kepada umum. Bukan tidak mahu, tetapi masanya belum sesuai.

"Seperti dijanjikan selepas habis pantang saya akan tunjukkan Aleesya kepada mereka dan sekarang dengan adanya rancangan Gu Gu Gaga Erra, janji saya itu dapat ditunaikan" kata Erra Fazira.

Namun apa jua keputusan di atas tangan mereka sama ada ingin menyiarkan wajah Aleesya atau tidak. Diharapkan isu ini tidak mengganggu keharmonian keluarga ini. Dari kami Gosip Artis Malaysia : Erra Fazira dan Engku Emran tak tetap pendirian?

Gosip Artis Malaysia : Erra Fazira dan Engku Emran tak tetap pendirian?


0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP