Sunday, June 21, 2009

Gosip Artis Malaysia : Diana Danielle dan Farid Kamil?


Gosip Artis Malaysia : Diana Danielle dan Farid Kamil?

Gosip Artis Malaysia : Diana Danielle dan Farid Kamil? Diana Danielle dan Farid Kamil yang dikaitkan sejak akhir-akhir ini mendapat liputan meluas. Namun Diana Danielle ada keterangan sendiri mengenai hubungnya dengan Farid Kamil.

"kalau pasal Farid, memang Diana mengaku, ketika ini kami berkawan baik. Secara jujur, sedikit sebanyak gosip yang abang siarkan ketika Diana masih di PLKN itu, ada kebenarannya. Diana memang dah lama kenal Farid, lagipun kami pernah berlakon filem sama, Evolusi KL Drift, tapi selepas Diana putus cinta dengan Syamsul (Yusof), barulah kami mula berhubungan. " Kata Diana Danielle.

Diana Danielle berkata lagi.

“Kami juga sama-sama terbabit dalam siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 sekitar Februari dan Mac lalu, jadi dari situ kami sudah mula mengenali rapat antara satu sama lain. Nasib baik ketika itu tidak ramai yang tahu antara Diana dan Farid. Sehinggalah pada malam kemuncak ABPBH 2008, seseorang sudah terdengar perbualan Diana, Diana mengaku Farid adalah kawan baik Diana, itu saja abang,” kata Diana Danielle.

Jelas dari kenyataan itu menunjukkan Diana Danielle dan Syamsul Yusof berpisah bukan kerana Diana Danielle bermain kayu tiga tetapi atas sebab lain. Difahamkan Diana Danielle dan Farid Kamil sudah lama berkenalan namun Diana Danielle dan Farid Kamil menjadi lebih rapat selepas Diana Danielle taman PLKN.

“Terus-terang Diana beritahu abang, selepas Diana tamat latihan PLKN, baru kami bersedia berkawan lebih rapat. Rasanya istilah bercinta tu tak sesuai digunakan lagi, hubungan kami masih terlalu mentah. “Lagipun selepas ini Diana akan melanjutkan pelajaran, Farid pula sibuk dengan jadual lakonan dan cita-citanya membina nama sebagai pengarah. Justeru, kami lebih selesa sebagai kawan baik saja, Diana dah serik nak bercinta macam dulu-dulu, serius!,” kata Diana Danielle.

Apa pun diharapkan keterangan itu sedikit sebanyak dapat menjawab apa yang bermain difikiran pengikut-pengikut hiburan artis Malaysia ini. Dari kami dengan Gosip Artis Malaysia : Diana Danielle dan Farid Kamil?

Gosip Artis Malaysia : Diana Danielle dan Farid Kamil?

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP