Thursday, June 4, 2009

Gosip Artis Malaysia : Cerita Syanie dengan pembedahannya.


Gosip Artis Malaysia : Cerita Syanie dengan pembedahannya.

Gosip Artis Malaysia : Cerita Syanie dengan pembedahannya. Sebagaimana yang kita tahu Syanie menjalani pembedahan gastric bypass pada Mei lalu. Syanie berbuat demikian bukan untuk kecantikan tetapi beliau terpaksa melakukannya demi kesihatannya. Syanie yang baru menjalani pembedahan itu dalam keadaan stabil.

“Disebabkan ingin sihat, saya kuatkan juga semangat untuk menjalani pembedahan ini walaupun takut. Sudah lama doktor nasihatkan saya lakukan pembedahan tetapi sering saya tidak endahkan.

“Selepas mendapat asma dan sering mengah apabila banyak bergerak, bahkan tubuh besar juga menyukarkan saya untuk memandu membuatkan saya tidak mampu menangguhkannya lagi.

“Alhamdulillah, selepas lebih lima jam proses pembedahan berjalan semuanya selamat. Keadaan kesihatan saya juga semakin beransur pulih.

“Insya-Allah, dalam beberapa hari lagi saya sudah boleh pulang ke rumah,” kata Syanie

Syanie masih ditempatkan di wad rawatan rapi (ICU) itu masih mampu berbicara dengan ramah.

“Cuma ketika ini saya masih loya kerana banyak angin. Doktor sudah berpesan jika mahu cepat keluar hospital, saya kena banyak minum air,” kata Syanie

Syanie amat bersyukur kerana adiknya dapat menemaninya sepanjang dia berada di hospital. Syanie akui yang dia memang takut dengan pembedahan yang dijalankan. Dan baginya adiknya banyak membantunya dan memberi semangat kepadanya.

“Dia banyak membantu tenangkan saya menghadapi saat mendebarkan itu. Maklum, keluarga saya agak emosional dan mudah menitiskan air mata.

“Ketika dibawa masuk ke dewan pembedahan, saya kuatkan semangat dan tahan air mata supaya tidak mengalir kerana tidak mahu mereka susah hati,” kata Syanie.

Apa pun diharapkan Syanie akan sembuh sepenuhnya dan sihat-sihat selalu. Kami gembira kerana pembedahn itu berjaya dilakukan dengan selamat. Dari kami Gosip Artis Malaysia : Cerita Syanie dengan pembedahannya.

Gosip Artis Malaysia : Cerita Syanie dengan pembedahannya.


0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP