Sunday, June 7, 2009

Gosip Artis Malaysia : Selamat Pengantin Baru Nana dan Brian.

Gosip Artis Malaysia : Selamat Pengantin Baru Nana dan Brian.

Gosip Artis Malaysia : Selamat Pengantin Baru Nana dan Brian. Setelah merahsiakan hubungan mereka selama 5 Tahun akhirnya mereka akhiri zaman bujang di jinjang pelamin. Nana dan Brian disatukan pada jumaat lepas dan persandingan telah diadakan di kediaman keluarga Nana di Muar,Johor. Ternyata kedua-dua mempelai iaitu Nana dan Brian berasa gembira kerana cinta yang di semai selama ini berkahir dengan kenanga terindah.

Nana satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya. Oleh itu Majlis persandingan Nana dan Brian diadakan gilang gemilang dan cukup meriah sekali. Yang menariknya Acara wajib bagi orang Johor turut diadakan di sebelah malam. Acara itu ialah acara JOGET LAMBAK. Joget lambak adalah salah satu cara memberi ucapan terima kasih kepada seluruh tenaga yang telah menjayakan majlis.

Hantaran perkahwinan sebanyak RM21,000 dan mas kahwin RM21.50 merupakan pengertian cukup mendalam kepada Nana dan Brian kerana angka 21 adalah simbol yang cukup keramat bagi mereka. Kebetulan kereta pendaftaran Nana juga 21 dan rumah yang bakal didiami mereka juga 21. Mungkin ini satu kebetulan.

Nana yang sangat gembira ternyata menghargai apa yang telah terjadi. Nana berkata.

"Saya amat gembira kerana hasrat untuk berumah tangga tercapai," kata Nana.

Pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan. Antara yang terdapat di dulang itu adalah al-Quran, buah-buahan, gitar dan gajet, minyak wangi, cermin mata, kasut, minyak wangi, jam, cincin, sirih junjung dan wang hantaran.

Majlis ini juga turut diserikan oleh pancaragam dan kugiran dari Polis Diraja Malaysia. Apa pun keseluruhan majlis ini selamat dijalankan dengan gemilang. Selamat pengantin baru Nana dan Brian. Diharapkan kekal hendaknya. Dari kami Gosip Artis Malaysia : Selamat Pengantin Baru Nana dan Brian.

Gosip Artis Malaysia : Selamat Pengantin Baru Nana dan Brian.



0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP