Friday, June 12, 2009

Gosip Artis Malaysia : Diana Danielle Sambung Pengajian.

Gosip Artis Malaysia : Diana Danielle Sambung Pengajian.

Gosip Artis Malaysia : Diana Danielle Sambung Pengajian. Diana Danielle yang baru-baru ini selesai menjalani Program Latihan Khidmat Negara dikatakan akan menyambung pengajian dalam bidang sains. Diana Danielle dikatakan telah memilih Universiti Nottingham cawangan Semenyih, bulan depan.

Dalam masa yang sama Diana Danielle menegaskan keputusannya untuk menyambung pengajian adalan jalan terbaik untuk membaiki pengetahuaannya. Diana Danielle bakal menjalani pengajian sepenuh masa dalam bidang biosains selama satu tahun setengah sebelum menyambung pengajian peringkat ijazah selama tiga tahun di universiti yang sama.

Kata Diana Danielle.

"Mengenai bidang seni saya tidak boleh kata apa-apa sebab jadual saya masih belum dapat.

"Bagaimanapun, saya akan tetap meneruskannya dan tidak akan tinggalkan kerjaya saya begitu sahaja," kata Diana Danielle.

Bila di tanya adakah keputusan yang dibuat adalah benar dan tidak merugikan Diana Danielle menjawab.

"Tak rugi sebab saya meletakkan pelajaran sebagai benda paling penting sekarang. Kalau dari segi lakonan, saya tidak boleh janji sebab saya sendiri tidak tahu perancangan masa depan. Tapi saya tidak akan berhenti begitu sahaja.

"Sekarang saya tidak boleh buat perancangan kerana belum menerima jadual dari Universiti. Kalau sudah ada jadual baru saya boleh membuat perancangan. Kita tunggu dulu sekarang," Kata Diana Danielle.

Semoga berjaya dari kami dengan Gosip Artis Malaysia : Diana Danielle Sambung Pengajian.

Gosip Artis Malaysia : Diana Danielle Sambung Pengajian.


0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP