Tuesday, June 9, 2009

Gosip Artis Malaysia : Filem Kita Sama Sahaja?

Gosip Artis Malaysia : Filem Kita Sama Sahaja?

Gosip Artis Malaysia : Filem Kita Sama Sahaja? Apa yang kita tonton selama ini lebih kurang sama. Apa yang membuatkan filem-filem di Malaysia ini lain adalah jalan ceritanya. Selain dialog dan gerak lakon pelakonnya pun stereotaip kita juga boleh lihat perlakonnya adalah sama bagi sesebuah produksi. Mana kata-kata yang kononnya menyokong artis-artis kita? Memang bertuah bagi yang terpilih. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak terpilih sedangkan mereka juga mencari rezeki dengan cara yang sama.

Mungkin kini sudah menjadi trend apabila banyak babak di disko dan kelab malam. Selain membosankan ada juga filem yang banyak membuang masa dengan flashback.

Antara yang ketara adalah:-

1) Adegan kereta sampai kat umah, buka pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar. Anda rasa ianya perlu? Atau ini salah satu cara memanjangkan cerita itu?

2) Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part Sadakallah hulazim.

3) Orang gaji mesti nama Mak Jah atau Mak nab. Kadang-kadang Mak Timah pun ada.

4) Adengan di rumah terutama kampung mesti bapa baca surat khabar, mak menjahi tak pun melipat baju.

5) “Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat.” dialog ini wajib time kat wad. Doktor Malaysia sangat perihatin terima kasih.

6) Kalau cerita berkenaan pembinaan, bawa satu pelan gulung, pakai topi kuning, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah bina, bincang dengan boss. Pastu tiba-tiba cerita hal lain dari kerja. Dah kenapa.

7) Cerita polis pula, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensik,dialah jadi pathologist, dialah yang pergi ambush. Semuanya dia yang buat. Dialog pakai bahasa baku. “Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan”. ” Betul cadangan awak itu.. Kita bertindak sekarang”.

8) Rumah orang kaya pulak macam dah jadi trademark. Mesti ada driver, orang gaji, kereta merc, rumah pintu pagar auto, makan lauk pauk penuh meja padahal berapa orang je kat situ, pinggan mangkuk berjenama, makan bersudu, sarapan pagi minuman oren, roti bakar. Pendek kata, melampau-lampau gaya mewah kehidupan yang dipaparkan.

9) Yang best sekali cerita awek kilang. Kalau awek kilang mesti rumah mesti complete furnished. Ada TV 29″, Home Theatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. Mungkin sebab ni ramai orang nak kerja kilang.

Apa pun semua ini bukan untuk menjatuhkan penggiat filem Malaysia cuma untuk mereka kaji dan mengubah demi kebaikan bersama. Semoga berjaya dari kami dengan Gosip Artis Malaysia : Filem Kita Sama Sahaja?

Gosip Artis Malaysia : Filem Kita Sama Sahaja?

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP