Gosip Artis Malaysia : Sarimah Rujuk
Gosip Artis Malaysia : Sarimah Rujuk.
Gosip Artis Malaysia : Sarimah Rujuk. Sarimah Ibrahim siapa yang tidak kenal. Penyanyi, Perlakon dan pengacara terkenal ini yang baru sahaja berpisah dengan suaminya Amir Andrew Browning Abdullah dikatakan akan terus membimbing suaminya dengan ajaran Islam. Sarimah yang sudah bercerai dengan suaminya hujung tahun lama merasakan tanggungjawabnya kepada suaminya masih belum selesai.
Kata Sarimah.
"Dia masih di bawah pegangan agama yang sama. Amir masuk Islam pun dua tahun sebelum kami berkahwin dan menjadi tanggungjawab saya untuk mengajarnya sedaya yang mampu.
"Walaupun kami berpisah, saya masih lagi bertanya, ada tak dia solat dan guna sejadah yang saya berikan. Kadang-kala, bila ada masa terluang, adalah saya mengajar baca surah-surah.
"Saya akan pastikan dia buat yang asas. Dan inilah keputusan muktamad saya untuk memikul tanggungjawab dalam membimbingnya menjadi seorang Islam yang betul.
"Sebab itu kami masih rapat. Kalau bermusuhan, tak bolehlah saya nak jaga dia. Saya akan tolong dia apa yang mampu," Kata Sarimah.Adakah perpishan Sarimah dan suami atas faktor tiada keserasian dan budaya yang berbeza. Sarimah menjawab.
"Tentang tidak serasi dengan budaya, saya rasa bukanlah secara keseluruhan, tetapi mungkin ia ada sedikit (menjadi faktor tidak keserasian).
"Saya percaya pada cinta dan jodoh. Kalau budaya dan agama memainkan peranan dalam keretakan rumah tangga kami, itu adalah di luar kawalan kita.
"Lagipun, kalau nak katakan tentang budaya, ramai yang mempunyai budaya dan agama yang sama juga bercerai. Kerana itu semua adalah ketentuan Dia (Allah).
"Bagi saya, walaupun kami berkenalan selama sembilan tahun, sebenarnya banyak lagi perkara yang masih lagi kami tidak tahu tentang keperibadian masing-masing.
"Sehinggalah bila kita berkahwin, dan tinggal bersama sebagai suami isteri, barulah kita nampak apa yang kita tidak nampak sebelum ini," Kata Sarimah.Diharapkan Sarimah terus bersabar menempuh hari-hari mendatang. Semunya ketentuanNya. Kita hanya mampu merancang Dia yang menetukan. Dari kami dengan Gosip Artis Malaysia : Sarimah Rujuk.
Gosip Artis Malaysia : Sarimah Rujuk
0 comments:
Post a Comment