Wednesday, June 10, 2009

Gosip Artis Malaysia : Cerita Diana Danielle di PLKN.

Gosip Artis Malaysia : Cerita Diana Danielle di PLKN.

Gosip Artis Malaysia : Cerita Diana Danielle di PLKN. Diana Danielle yang pada mulanya dikatakan cuba mengelak untuk menyertai PLKN kini sudah pun menamatkan program itu dengan jayanya. Diana Danielle yang terikat dengan kontrak lakonan sebelum ini diberi penangguhan. Diana Danielle yang ditempatkan di Kem PLKN Princess Heliza, Sepang bermula pada 8 Mac lalu.

Diana Danielle yang mengakui banyak memifikirkan pekara negatif sebelum menyertai program itu. Kata Diana Danielle.

"Memang sebelum saya masuk kem saya ada banyak berfikir. Tapi selama tiga bulan di sana, saya tidak mempunyai sebarang pengalaman buruk. "Saya tidak dibuli atau didera dan pada bulan kedua sahaja, kami semua sudah menjadi kawan rapat. Saya amat berpuas hati dengan program PLKN," kata Diana Danielle.

"Kalau pihak PLKN ingin meminta saya memberikan nasihat, saya tidak kisah. Apa yang saya ingin beritahu di sini adalah saya sendiri juga takut pada mulanya kerana memikirkan PLKN adalah satu latihan ketenteraan.

"Tapi tanggapan itu salah kerana PLKN adalah seperti sebuah sekolah. Kami melakukan aktiviti tetapi tidak lasak dan berdasarkan kemampuan diri. PLKN mengajar remaja mengenai jati diri dan bagi mereka yang bakal menyertai PLKN, jangan risau," ujar Diana Danielle.

Diana Danielle yang dilantik sebagai Timbalan Penghuluwati Kem PLKN Princess Heliza itu melalui pelbagai pengalaman baru dalam hidupnya. Tugas yang diberikan kepada Diana Danielle pun bukan satu tugas yang mudah.

"Pada pemulaannya, badan saya juga berasa sakit kerana melakukan aktiviti-aktiviti fizikal. Ditambah dengan kawasan itu yang panas kerana mendekati pantai, ramai yang jatuh sakit.

"Saya ada seorang kawan yang sakit tekak selama tiga bulan. Suatu hari selepas hujan lebat, tujuh daripada kawan saya sakit. Saya pula terpaksa menjaga mereka kerana ketika itu tidak cukup pekerja," kata Diana Danielle.

Diana Danielle dikatakan akan menyambung pengajiannya. Butiran lanjut kami akan siarkan di isu akan datang. Dari kami dengan Gosip Artis Malaysia : Cerita Diana Danielle di PLKN.

Gosip Artis Malaysia : Cerita Diana Danielle di PLKN.

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP