Showing posts with label ahmad idham. Show all posts
Showing posts with label ahmad idham. Show all posts

Monday, November 29, 2010

FILEM CUTI-CUTI CINTA


FILEM CUTI-CUTI CINTA

Filem Cuti-cuti Cinta adalah arahan terbaru Ahmad Idham. Pelakon utama dalam filem ini adalah Farid Kamil dan Nora Danish. selain itu ahli kumpulan The Fabulous Cats (Cat Farish, Adeep, Wangi & Zizie AF7), Zed Zaidi dan Zaibo turut membintangi filem Cuti-cuti Cinta arahan Ahmad Idham ini.

Filem adalah sebuah filem yang berkonsepkan komedi cinta yang boleh membuatkan anda semua terhibur apabila menonton filem ini.

Sinopsis Filem Cuti-cuti Cinta :

Filem ini berkisarkan Eava Ealiana (lakonan Nora Danish) yang merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini (lakonan Zaibo). Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan.

Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Dia juga sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas.

Pekerja-pekerjanya (lakonan ahli The Fabulous Cats) lebih takutkan Eava berbanding ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy (Zed Zaidi).

Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah adalah untuk membolot harta Tan Sri Zaini.

Tontonlah Filem Cuti-cuti Cinta di Pawagam berhampiran anda.

Gosip Artis Malaysia : Sinopsis Filem Cuti-cuti Cinta

Read more...

Sunday, June 7, 2009

Gosip Artis Malaysia : Lisa Surihani bercinta dengan pengarah filem.

Gosip Artis Malaysia : Lisa Surihani bercinta dengan pengarah filem.

Gosip Artis Malaysia : Lisa Surihani bercinta dengan pengarah filem. Lisa surihani yang sering dikaitkan dengan Farid Kamil ingin berkongsi sesuatu. Lisa Surihani yang baru tampil dengan filem terbaru jangan pandang belakang congkak itu dikatakan mengalami cirit-birit dan demam panas. Pekara sama yang sama juga terjadi kepada pengarah filem itu.

Ada pihak mengatakan pengarah filem itu bercinta dengan Lisa Surihani. Sebenarnya itu hanya gurauan krew produksi. Kerana hanya mereka berdua sahaja yang kena cirit-birit. Ada juga krew yang mengusik mereka yang mengatakan mereka keluar makan bersama dan sebab itu hanya mereka sahaja yang terkena cirit birit.

Apa pun mari kita dengar cerita Lisa Surihani.

“Kalau ikutkan saya memang sudah tidak berdaya selepas tiga malam tak tidur lena dan terkena cirit birit. Berkali-kali saya terpaksa berulang ke tandas sehingga badan saya jadi lemah. Keesokannya pula saya terpaksa bangun awal pagi dan shooting pula.

“Yang peliknya, pada siang hari tidak pula saya sakit perut, sebaliknya bermula jam 3 pagi
hingga 7 pagi pagi, ketika mahu berehat dan melelapkan mata, perut saya mula meragam. Saya pergi ke klinik tetapi ubat yang diberi tidak memberi apa-apa kesan. Saya makan pula ubat lain, tetapi tetap cirit birit. Berat badan saya juga turun secara mendadak apabila terkena cirit birit dan tidak tidur malam.

“Saya juga hairan apabila hanya saya, pengarah Ahmad Idham dan Dina saja terkena penyakit ini, pelakon dan krew lain tidak pula berdepan apa-apa masalah sedangkan kami menikmati
makanan sama. Lebih parah, saya terkena demam panas selepas berendam dalam air di Bukit Air, Perlis selama sembilan jam, bermula jam 8 malam hingga 5 pagi.

“Bayangkan dalam keadaan demam teruk dan baru pulih cirit birit, saya terpaksa gagahkan
hati meneruskan penggambaran filem JPBC. Saya sanggup ketepikan soal kesihatan demi watak
Mustika, seorang pengamal ilmu hitam. Saya akui sudah sedaya upaya melakonkan watak Mustika dengan sempurna, masalah kesihatan sedikit menjejaskan penghayatan saya. Apapun, saya puas mampu melakukan yang terbaik.” Kata Lisa Surihani.

Filem terbaru Lisa Surihani yang sudah ditayangkan di pawagam dikatakan mendapat sambutan hebat. Sokong filem kita dari kami Gosip Artis Malaysia : Lisa Surihani bercinta dengan pengarah filem.

Gosip Artis Malaysia : Lisa Surihani bercinta dengan pengarah filem.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP