Showing posts with label zizi fabulous cats. Show all posts
Showing posts with label zizi fabulous cats. Show all posts

Monday, November 29, 2010

FILEM CUTI-CUTI CINTA


FILEM CUTI-CUTI CINTA

Filem Cuti-cuti Cinta adalah arahan terbaru Ahmad Idham. Pelakon utama dalam filem ini adalah Farid Kamil dan Nora Danish. selain itu ahli kumpulan The Fabulous Cats (Cat Farish, Adeep, Wangi & Zizie AF7), Zed Zaidi dan Zaibo turut membintangi filem Cuti-cuti Cinta arahan Ahmad Idham ini.

Filem adalah sebuah filem yang berkonsepkan komedi cinta yang boleh membuatkan anda semua terhibur apabila menonton filem ini.

Sinopsis Filem Cuti-cuti Cinta :

Filem ini berkisarkan Eava Ealiana (lakonan Nora Danish) yang merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini (lakonan Zaibo). Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan.

Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Dia juga sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas.

Pekerja-pekerjanya (lakonan ahli The Fabulous Cats) lebih takutkan Eava berbanding ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy (Zed Zaidi).

Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah adalah untuk membolot harta Tan Sri Zaini.

Tontonlah Filem Cuti-cuti Cinta di Pawagam berhampiran anda.

Gosip Artis Malaysia : Sinopsis Filem Cuti-cuti Cinta

Read more...

Thursday, June 18, 2009

Gosip Artis Malaysia : Zizi Af Milik Fabulous Cats?


Gosip Artis Malaysia : Zizi Af Milik Fabulous Cats?

Gosip Artis Malaysia : Zizi Af Milik Fabulous Cats? Khabar angin yang mengatakan Fabulous Cats menyunting Zizi Af adalah benar. Kerana mereka sudah pun berjaya memikat Zizi Af untuk menyertai Fabulous Cats.

Tahniah Fabulous Cats. Nampaknya semakin kuat Fabulous Cats dengan kehadiran anggota baru dalam Fabulous Cats. Zizi yang dikatakan mempunyai suara yang unik selain mampu beraksi dengan penuh tenaga antara faktor yang berjaya memikat Fabulous Cats.

Zizi yang tampil dalam rancangan realiti Tv Akademi Fantasia nampaknya tidak lagi dikenali sebagai Zizi Af sebaliknya Zizi akan dikenali sebagai Zizi Fabulous Cats. Apa pun semoga berjaya kepada semua. Lakukan yang terbaik untuk industri kita. Dari kami dengan Gosip Artis Malaysia : Zizi Af Milik Fabulous Cats?

Gosip Artis Malaysia : Zizi Af Milik Fabulous Cats?

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP