Kehebatan Teater Natrah
Kehebatan Teater Natrah
Persembahan lakonan yang mantap dari barisan artis popular seperti Maya Karin, Umie Aida, Remy Ishak, Sofia Jane, Samantha Schubert dan ramai lagi akhirnya dapat memikat hati penonton yang menonton persembahan Teater Natrah yang bermula 30 November. Pementasan teater yang berlangsung selama 3 jam itu cukup untuk menambat hati penonton. Tak rugi jika menonton. Watak yang dibawa oleh maya cukup menjadi apabila dia menjadi anak dara sunti 13 tahun. Nak tahu lebih lanjut anda datang di Istana Budaya. Rugi kalau tak tengok...
Sinopsis Teater Natrah
Natrah mengisahkan Maria Hertogh, seorang gadis Belanda yang diserahkan oleh ibunya kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya kerana ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh atau nama Islamnya Natrah dipelihara dan hidup dalam suasana pendidikan Islam sejak dipelihara oleh Che Aminah.
Namun apabila bapanya Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh tentera Amerika Syarikat, dia pulang ke Bandung, Jawa untuk mencari anaknya Natrah yang ketika itu berada di Chukai, Terengganu. Apabila berlaku perebutan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda konflik agama dan isu penjagaan Natrah telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura pada ketika itu.
Harga Tiket : RM30, RM50, RM70, RM100, RM150
Kaunter Tiket : BOX OFFICE, Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Gosip Artis Malaysia : Kehebatan Teater Natrah
0 comments:
Post a Comment