Mawi Semakin Terpinggir?
Mawi Semakin Terpinggir?
Khabar-khabar angin mengatakan yang Mawi ni semakin terpinggir di hati peminatnya. Betul ke? Mana aura-aura Mawi yang hebat diperkatakan dulu? Hilang? Selepas perkahwinan Mawi bersama Ikin pada Disember 2008 ada segelintir peminatnya yang sudah tidak menyokongnya lagi.
Setelah hampir setahun perkahwinannya bersama Ikin dengar-dengar cerita Mawi semakin terpinggir di hati peminat. Cerita Mawi semakin banyak diperkatakan di forum-forum dan blog-blog tempatan yang mana kebanyakkannya menceritakan tentang kehilangan auranya yang hebat suatu ketika dulu. Mana tidaknya ada sesetengah peminatnya yang menampal gambar Mawi di kedai. Sehinggakan yang tidak dapat tidur kerana teringatkan Mawi pun ada juga. Hebat penangan aura si Mawi ni dulu..
Ada yang mengatakan Mawi terpinggir kerana isterinya iaitu Ikin sangat "obvious". Ada juga yang mempertikaikan Mawi popular bukan kerana bakat tetapi kerana kealiman dan simpati orang ramai, jadi bila dah kaya hilanglah semua simpati. Mawi masih belum jatuh lagi tetapi dia sudah tidak menyengat seperti dulu. Ramai peminat mawi yang tidak menyukainya kerana tidak sukakan Ikin. Bersabarlah banyak-banyak ye Mawi, mungkin ini ujian. Nasib baik si Mawi tak lupa asal usul semasa dia meletup di hati peminat suatu ketika dulu. Sempat juga la si Mawi ni kumpul harta. Walauapapun kita tunggu perkembangan terbaru dari Mawi. Semoga Mawi tabah menghadapi dugaan akan datang....
Gosip Artis Malaysia : Mawi Semakin Terpinggir?
0 comments:
Post a Comment