Wednesday, December 2, 2009

Natasha Hudson Bercerai Buat Kali Kedua

Natasha Hudson Bercerai Buat Kali Kedua

Akhirnya Natasha Hudson dikhabarkan sah bercerai dengan bekas suaminya, Datuk Shahrin Zahari. Ini merupakan penceraiannya kali yang kedua. Mereka berkahwin pada Ogos 2007 dan bercerai atas sebab tiada lagi persefahaman antara mereka. Dalam usia perkahwinan mereka yang bertahan selama 2 tahun ini, Natasha Hudson dan Datuk Shahrin Zahari telah dikurniakan seorang cahaya mata. Namun malangnya rumahtangga mereka tidak kekal.

Sebelum perkahwinan Natasha Hudson yang kedua ini Natasha Hudson pernah berkahwin dengan anak datuk. Mohd. Faiz Datuk Mohd. Raih kalau tak silap nama suaminya sebelum ini. Perkahwinannya bersama anak datuk ni pun tak kekal lama. Kesian Natasha Hudson, semua perkahwinannya gagal. Namun walau apapun bawak bersabar dan tabah menjalani ujian dariNya. Ada hikmah disebalik semua yang berlaku..

Gosip Artis Malaysia : Natasha Hudson Sah Bercerai Buat Kali Kedua

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP