Showing posts with label akhil hayy. Show all posts
Showing posts with label akhil hayy. Show all posts

Wednesday, June 24, 2009

Gosip Artis Malaysia : Akhil Hayy Bukan Lagi Ikon Agama?


Gosip Artis Malaysia : Akhil Hayy Bukan Lagi Ikon Agama?

Gosip Artis Malaysia : Akhil Hayy Bukan Lagi Ikon Agama? Ada pihak mengatakan Akhil Hayy bukan lagi ikon agama. Kenyataan ini timbul apabila Akhil Hayy yang baru baru ini tampil dengan pelbagai kontroversi dan masalah rumahtangganya.

Yang lagi memedihkan apabila Akhil Hayy dikatakan hanya pandai menasihati orang lain sedangkan diri sendiri tidak betul. Namun kita sebagai manusia tidak sempurna begitu juga dengan Akhil Hayy.

Difahamkan lagi Akhil Hayy kini sudah dikeluarkan dari OASIS iaitu salah satu saluran di Astro. Namun Ustaz rock Akhil Hayy ini dikatakan tiba-tiba hilang dan menyepi ketika ini. Adakah Akhil Hayy akan tampil dengan kebenaran dan cerita baru?

Kita sama-sama tunggu. Dari kami dengan Gosip Artis Malaysia : Akhil Hayy Bukan Lagi Ikon Agama?

Gosip Artis Malaysia : Akhil Hayy Bukan Lagi Ikon Agama?



Read more...

Wednesday, June 3, 2009

Gosip Artis Malaysia : Akhil Hayy ingin berdamai secara baik.


Gosip Artis Malaysia : Akhil Hayy ingin berdamai secara baik.

Gosip Artis Malaysia : Akhil Hayy ingin berdamai secara baik. Itulah yang dapat diungkapkan berikutan kenyataan yang disampaikan oleh Akhil Hayy. Akhil Hayy berkata.

“Pihak yang nak mencabar kredibiliti (saya) sebagai pendakwah, pihak kawan dan lawan, mungkin sekarang berpuas hati dengan apa yang berlaku,” kata Akhil Hayy

Dia yang mengutamakan kedamaian untuk menghadapi pelbagai masalah nampaknya profesional dalam hal ini.

“Ia (apa yang berlaku) sedang dicatur tuan punya dunia...tidak apalah, mungkin hari ni hari kau, esok-esoklak hari aku. (Begitupun, bagi saya) apa-apa keputusan dalam keadaan maaruf,” kata Akhil Hayy lagi.

Dalam sibuk memberi keterangan Akhil Hayy sempat menyindir isterinya yang dikatakan menjadikan Televisyen dan media sebagai Mahkamah kedua.

“Selepas ini sesiapa ada masalah bolehlah ke stesen televisyen untuk mengadu dan stesen televisyen boleh menjadi mahkamah kedua,” kata Akhil Hayy.

Kes perceraian Akhil Hayy ditangguh hingga ke 15 Julai atas sebab-sebab tertentu. Selain itu Akhil Hayy mengharap agar rumah tangganya dapat diselesaikan dengan aman.

“Benda ni (kes tuntutan perceraian) ana (saya) nak selesaikan dengan cara paling maaruf (baik),” kata Akhil Hayy.

Sangat bagus jika sesuatu masalah itu dapat diatasi dengan aman. Cerita Akhil Hayy dengan Gosip Artis Malaysia : Akhil Hayy ingin berdamai secara baik.

Gosip Artis Malaysia : Akhil Hayy ingin berdamai secara baik.

Read more...

Sunday, May 31, 2009

Gosip Artis Malaysia : Akhil Hayy terkilan?


Gosip Artis Malaysia : Akhil Hayy terkilan?

Gosip Artis Malaysia : Akhil Hayy terkilan?Akhil Hayy yang kebelakangan ini dikatakan melarikan dari media untuk mendapatkan keterangan kali ini tampil dengan menyatakan yang beliau terkilan dengan isterinya.Akhil Hayy yang dikaitkan dengan penyanyi dan pelakon popular Waheeda kini dikatakan bingung memikirkan apa yang terjadi.

Dari kisah keretakan rumah tangganya Akhil Hayy kini dipertikaikan statusnya sebagai pendakwah.

“Orang ramai mengenali saya sebagai pendakwah yang sentiasa memberi nasihat mengenai kebaikan. Apabila isu ini timbul, mereka menuduh saya sebagai hipokrit kerana tidak selari dengan imej yang saya bawa. Tetapi saya menganggap tuduhan ini sebagai ujian yang harus saya lalui, sekurang-kurangnya ia mengingatkan saya kembali apa yang mungkin terlupa. Saya juga manusia biasa yang tidak dapat lari daripada kesilapan,” kata Akhil Hayy.

Dia juga menyatakan yang dia ingin menyelesaikan masalah ini dengan aman sekali.Dia tidak mahu menjatuhkan sesiapa kerana baginya maruah perlu dijaga.

“Tempat yang dirasakan sesuai untuknya membuat kenyataan bukannya kepada media massa tetapi mahkamah. Di mana segala keputusan sama ada baik mahupun buruk akan ditentukan di situ pada 2 Jun nanti. Buat masa sekarang, saya tidak mahu memberi sebarang kenyataan kerana berasakan lebih elok perkara itu dibincangkan di mahkamah. “Lagipun saya tidak mahu mengeruhkan keadaan. Saya tidak mahu mengaibkan wanita yang masih bergelar isteri saya, anak-anak, keluarga, pihak Waheeda dan juga peminat.

“Sebagai suami, saya ada hak untuk berdiam diri daripada membalas kenyataan. Saya juga tidak menghubunginya (Maizawati) selepas kisah keretakan rumah kami dimainkan pihak media kerana dia sudah mengambil jalan yang salah. Seharusnya perkara itu dirujuk terus kepada pejabat kadi atau lebih sesuai diselesaikan di mahkamah saja.

“Saya tidak kisah masyarakat hendak menghukum saya. Cuma, saya kecewa mereka membuat hukuman sendiri tanpa menyelidik apa yang sedang berlaku,” kata Akhil Hayy.

Bila ditanya sejauh mana hubungan Akhil Hayy dengan Waheeda?Akhil Hayy menjawab.

“Hubungan kami atas dasar kerja.... saya selesa bekerja dengan Waheeda.” Kata Akhil Hayy.

Itu yang dikatakan oleh Akhil Hayy kelihatan tenang dia menjawab semua persoalan yang sering bermain di pemikiran.Sekian dari kami cerita terbau Akhil Hayy dengan Gosip Artis Malaysia : Akhil Hayy terkilan?

Gosip Artis Malaysia : Akhil Hayy terkilan?


Read more...

Saturday, May 30, 2009

Gosip Artis Malaysia : Maizawati Nekad cerai.


Gosip Artis Malaysia : Maizawati Nekad Cerai.

Gosip Artis Malaysia : Maizawati Nekad Cerai.Sebelum Maizawati iaitu ister kepada Akhil Hayy di tinggalkan Akhil Hayy.Akhil Hayy dikatakan telah meminta izin untuk bernikah lagi satu.Walau bagaimanapun Maizawati isteri kepada Akhil Hayy memberi keizinan demin menjaga rumah tangga dan kebahagiaan anak-anaknya.

Namun setelah sekian lama di tinggalkan.Hanya yang menemaninya adalah isu kontroversi suaminya Akhil Hayy dan Waheeda.Mauzawati nekad menfailkan cerai kepada Akhil Hayy dan berharap segala seksanya itu berkakhir.

ikuti temu bual bersama MAizawati isteri Akhil Hayy.


Sebelum ini, ada dengar tentang gosip-gosip antara Ustaz dan Waheeda?

Ada, ia bermula sekitar tahun 2007.


Tindakan Maizawati ketika itu?

Saya ada bertanyakan kepada Ustaz tentang gosip-gosip itu dan dia menafikan. Jadi sebagai seorang isteri saya harus percaya pada suami dan saya percaya cakapnya.


Ketika awal gosip muncul ada bertanyakan hal ini pada Waheeda?


Pernah sekali saya bercakap dengannya melalui telefon dan saya membincangkan perkara ini. Dia juga tidak mengaku dan menafikan tentang gosip itu. Apabila mendengar kenyataan daripada kedua-dua pihak ketika itu saya anggap ia hanya mainan media dan tidak ambil pusing mengenainya.


Jadi bila Maizawati tersedar yang semua gosip itu adalah benar?


Saya sedar bila Ustaz tunjukkan surat meminta keizinan untuk bernikah satu lagi Februari lalu. Pada mulanya saya memang marah dan kecewa. Tanyalah mana-mana wanita semuanya rasa seperti saya. Bagaimanapun pada hari yang sama saya berubah fikiran dan membenarkan niatnya itu asalkan dilakukan dengan saluran yang betul.


Kalau begitu apa masalahnya lagi?


Masalahnya sejak itu, Ustaz tidak pulang ke rumah tetapi nafkah keluarga masih diberi seperti biasa.


Dengar kata Maizawati mengambil keputusan untuk bercerai. Tidak ada jalan lain selain penceraian?


Siapa kata saya tidak cuba jalan lain, saya sudah sabar, tunggu dan lihat selama dua tahun. Ustaz sibuk bekerja, jadi saya ada berbincang dengan dia, itu pun hanya melalui SMS sahaja. Ketika itu saya nak beri peluang sebelum saya hantar permohonan cerai tetapi tidak ada respons daripadanya seolah-olah merestui tindakan saya. Jadi saya nekad untuk bercerai dan perbicaraan akan berlangsung pada 2 Jun ini di Mahkamah Syariah Ipoh.


Adakah kerana gosip mereka telah bernikah membuat Maizawati mengambil keputusan untuk bercerai?


Tentang itu saya tidak tahu kerana tidak ada bukti hitam putih ditunjukkan kepada saya, jadi saya tidak percaya. Sudah banyak masa diberi kepadanya (Ustaz), jadi sudah terlambat untuknya kerana saya sudah nekad dengan keputusan yang dibuat.


Dalam artikel di akhbar lain sebelum ini Waheeda ada meminta Maizawati bersemuka dengannya. Adakah Maizawati bersedia bersemuka dengan Waheeda?


Buat apa saya nak bersemuka dengannya, patutnya dari awal lagi dia yang datang jumpa saya kenapa pula saya yang perlu jumpa dia. Sekarang ini semuanya sudah terlambat. Saya tidak perlu jumpa dia, buat apa? Pada saya berani kerana benar, takut kerana salah.


Sejak kemunculan Maizawati di televisyen dan akhbar, ada atau tidak Ustaz hubungi untuk menyelesaikan perkara ini secara baik.


Tidak ada, jumpa pun tidak. Mungkin dia sibuk kerja.


Maizawati sedar atau tidak kesannya apabila tindakan berhadapan dengan media diambil?


Saya sedar dan tidak menyesal kerana sebelum bertindak sebegini saya sudah kaji baik dan buruknya tindakan saya ini. Saya langsung tidak berniat untuk membuka aib sesiapa cuma meluahkan rasa di hati. Bukan juga untuk memperbesarkan perkara ini cuma nak mencari titik noktah.


Andai benar Ustaz dan Waheeda sudah berkahwin?


Saya harap mereka bahagia dan saya ucapkan tahniah.



Apa pun diharapkan Ister Akhil Hayy Maizawati bersabar.Dari kami untuk anda semua.

Gosip Artis Malaysia : Maizawati Nekad cerai.

Read more...

Friday, May 29, 2009

Gosip Artis Malaysia : Waheeda Bengang dengan Akhil Hayy.


Gosip Artis Malaysia : Waheeda Bengang dengan Akhil Hayy.

Gosip Artis Malaysia : Waheeda Bengang dengan Akhil Hayy.Dengar cerita Waheeda kini amat bengang atau sangat bengan dengan Akhil Hayy.Betul ke?Kes Waheeda dan Akhil Hayy yang diketahui ramai kini menjadi tekanan kepada Waheeda dan Akhil Hayy.Namun apa yang kita dapat lihat disini Akhil Hayy tidak atau jarang memberi keterangan atas apa yang terjadi.

Sebaliknya kita hanya dapat lihat Waheeda yang sering tampil memberikan keterangan berbanding Akhil Hayy yang dikatakan jantan sejati.Waheeda dikatakan menjerit-jerit seperti sasau.Waheeda menjerit bukan sebab apa cuma untuk mengurangkan tekanan dan rasa kecewanya terhadap apa yang berlaku terhadap dirinya dan Akhil Hayy.

Difahamkam ada juga barang kepunyaan Waheeda yang diletakkan dirumah rosak dikerjakannya.Ini semua sebab tak tahan dengan cemuhan masyarakat.Di harapkan tiada kes gila yang dilakukan Waheeda.Apa pun terus tabah untuk meneruskan hidup.Dari JG untuk kita-kita Gosip Artis Malaysia : Waheeda Bengang dengan Akhil Hayy.

Gosip Artis Malaysia : Waheeda Bengang dengan Akhil Hayy.

Read more...

Thursday, May 28, 2009

Gosip Artis MAlaysia : Akhil Hayy Menghubungi Waheda

Gosip Artis MAlaysia : Akhil Hayy Menghubungi Waheda

"Saya tak ada apa untuk cakapkan lagi. Biarlah saya terus bersabar selagi saya mampu. Apa saja tohmahan orang, saya redha saja.
Gosip Artis MAlaysia : Akhil Hayy Menghubungi Waheda

"Malah, Akhil sendiri ada menghubungi saya ketika hal ini mula tercetus dan minta saya banyak-banyak bersabar. Dia beritahu saya 'ini bukan urusan kamu Wawa, ini urusan aku. Biar aku yang selesaikan'.

"Alhamdulillah, saya tetap kuat teruskan kehidupan seperti biasa. Keluarga dan kawan-kawan sentiasa tidak putus memberikan sokongan.

"Tapi seperti yang saya pernah katakan, setiap orang ada tahap kesabarannya. Jadi, biarlah dia (Maiza) nak cakap apapun sekarang ini.

"Cuma, saya juga ada hati dan perasaan. Jangan sampai saya terpaksa buka mulut lagi," kata Waheeda

Itulah yang dikatakan oleh Waheeda dan jelas Akhil Hayy masih menghubungi Waheeda.Nampaknya kita hanya menanti keputusan makamah syariah mengenai kes ini.Waheeda yang dikatakan cuba meruntuhkan rumahtangga Akhil Hayy berkata.

"Saya serah kepada Allah. Hanya itu yang terbaik boleh saya katakan."

Sedikit dari kami untuk dikongsi.Gosip Artis MAlaysia : Akhil Hayy Menghubungi Waheda

Gosip Artis MAlaysia : Akhil Hayy Menghubungi Waheda

Read more...

Wednesday, May 27, 2009

Gambar Isteri Akhil Hayy.

Gambar Isteri Akhil Hayy.
Gambar Isteri Akhil Hayy.

Read more...

Gosip Artis Malaysia : Isteri Akhil Hayy rasa teraniaya


Gosip Artis Malaysia : Isteri Akhil Hayy bercerita.

"WALAUPUN tidak menyalahkan sepenuhnya, saya berasakan Waheeda patut juga berasa bertanggungjawab dalam hal ini. Perkara ini tidak akan berlaku jika lelaki tidak digoda. Kalau lelaki itu yang memulakan, sebagai wanita, dia ada hak untuk menolaknya, tambahan pula dia tahu lelaki itu suami orang.

“Tindakannya ke hulu ke hilir bersama-sama suami orang adalah kurang manis. Kehidupan saya, anak-anak dan ustaz teraniaya sejak kehadirannya dalam hidup kami.

“Sebelum ini, rumah tangga kami bahagia, tidak pernah timbul sebarang masalah. Ustaz juga seorang suami yang romantik dan bapa penyayang, tetapi jadi masalah apabila ustaz bertemu dengan dia (Waheeda),” demikian luahan isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal

Selain mengakui yang Akhil Hayy adalah seorang suami yang romantik dan bapa yang penyayang dia kesal dengan apa yang terjadi.Dia meminta gar jangan di salahertikan apa yang dilakukan bukanlah untuk mencari publisiti murahan.

“Saya bukan hendak seronok-seronok membuat tuntutan cerai. Saya pun tahu perkara itu dibenci Allah. Saya bukannya tidak pernah bersabar. Tapi sudah bersabar selama dua tahun.

“Dalam tempoh itu, saya banyak mengkaji baik dan buruknya tindakan ini. Saya lakukan semuanya ini kerana tidak mahu membiarkan perkara tidak elok berterusan.

“Saya bukanlah minta apa-apa. Saya tidak minta lebih, saya cuma minta dia lepaskan saya. Saya anggap sudah tiada jodoh antara kami. Jika dia sudah tidak sudi lagi dengan saya, jangan simpan macam ini, supaya senang saya buat haluan sendiri dan meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

Ister Akhil Hay bercerita lagi,

“Saya percaya tidak ramai wanita yang boleh bersabar apabila suami pergi tanpa khabar berita. Sikap ustaz dulu tidak seperti ini. Ke mana dia pergi, dia pasti menghubungi saya. Kalau tak sempat sekalipun, paling tidak dia hantar SMS,” katanya.

“Dia mula jarang balik rumah dengan alasan kerja. Saya menghormati alasan itu dan memberi kepercayaan sepenuh hati, tanpa rasa sebarang curiga.

“Lama -kelamaan, saya dapati sikapnya semakin berubah. Jarang telefon kami dan bertanya khabar kami anak beranak. Kadang-kadang saya menghubunginya tetapi jarang berjawab. Tahun ini dia pulang ke rumah hanya tiga hari, itu pun tidak lebih lima jam,” jelas Maizawati

Cuba bayangkan.Kalau Ustaz boleh buat macam tu apa lagi kita ni?Memang la semua manusia tak sempurna tapi dia mempunyai ilmu lebih untuk menghadapi apa jua situasi.Dari JG jadikan kes ini sebagai contoh.Gosip Artis Malaysia : Isteri Akhil Hayy bercerita.

Gosip Artis Malaysia : Isteri Akhil Hayy bercerita.

Read more...

Gosip Artis Malaysia : Cerita Akhil Hayy dan Waheeda.


Gosip Artis Malaysia : Cerita Akhil Hayy dan Waheeda.

Gosip Artis Malaysia : Cerita Akhil Hayy dan Waheeda.Gosip yang menyerang Akhil Hayy dan waheeda kini nampaknya semakin panas apabila isteri Akhil hayy muncul dan mendedahkan hubungan Akhil Hayy dan Waheeda.

Panas,Panas..Waheeda takkan nak jadi macam Memey rosakkan rumahtangga orang.Isteri Akhil Hayy yang dikatakan sanggup menerima Waheeda sebagai madunya.Namun waheeda seperti memberi amaran supaya Sarang Tebuan jangan Dijolok.

Namun Akhil Hayy dan Waheeda ini kedua mereka sering menafikan yang mereka tidak mempunyai hubungan selain terikat soal kerjaDikatakan mereka seperti berpakat.Tidak menjawab telefon dan sms dari wartawan yang inginkan keterangan dari mereka berdua.

Namun satu hari seorang wartawan dapan menghubungi Waheeda.Tanpa ada perasaan terkilan atau kecewa, Waheeda berkata dia sabar serta redha menerima segala-galanya.Cuma pinta gadis ini, sarang tebuan janganlah dijolok kerana dia bimbang andai kesabarannya hilang, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku dan itulah yang cuba dielakkannya demi menjaga hati banyak pihak.

Mungkinkah artis Malaysia sekarang ni suke suami orang?Atau lelaki yang sudah berumur?Pak John ade can ni.Hahah..Dari JG Gosip Artis Malaysia : Cerita Akhil Hayy dan Waheeda.

Gosip Artis Malaysia : Cerita Akhil Hayy dan Waheeda.

Read more...

Tuesday, May 26, 2009

Artis Malaysia Cerita Akhil Hayy dan Waheeda


Artis Malaysia Cerita Akhil Hayy dan Waheeda.

“Saya izinkan mereka berkahwin dan sedia menerimanya sebagai madu, namun kini saya tak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, mengulas isu hubungan suaminya dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda yang sedang hangat diperkatakan.

Dan ada ura-ura mengatakan...
“Nampaknya isteri kepada Ustaz Akhil Hayy, Maizawati Zainal sudah tidak mampu lagi nak menahan tekanan akibat kontroversi hubungan sulit suaminya dengan Waheeda. Dengar-dengar isteri Akhil sudah pun memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Perak, Kemungkinan besar perbicaraan kes berkenaan akan bermula 2 Jun nanti.”

Wah macam-macam sekarang ni.Ustaz pun bermasalah nampaknya di situ.

Isteri Akhil Hayy berkata lagi,

''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.''

''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja.

''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailkan tuntutan meminta cerai awal bulan ini, dia ada meminta saya bersabar.

''Tetapi, saya tetap dengan keputusan untuk tidak lagi mahu bersamanya,'' kata Maizawati Zainal isteri kepada Akhil Hayy.

''Sudah saya katakan, ini adalah keputusan saya. Saya juga mahu dia terima apa yang saya buat ini. Ahli keluarga saya pun memberi sokongan,'' jelasnya.

''Anak sulung saya okey. Mereka sudah dilatih agar tidak ambil tahu sangat akan apa yang berlaku.

''Saya juga perlu mencari pekerjaan untuk menyara keluarga kerana sebelum ini saya tidak bekerja,'' katanya lagi.

Nampaknya ini dah betul-betul ni.Habistu kalau Ustaz dah agak sikit serong pada siapa kita nak minta nasihat dan pendapat?Fikirkanlah..Dari JG Artis Malaysia Cerita Akhil Hayy dan Waheeda.

Artis Malaysia Cerita Akhil Hayy dan Waheeda.

Read more...

Saturday, May 16, 2009

Akhil Hayy dan Waheeda tidak profesional

Akhil Hayy dan Waheeda tidak profesional

Akhil Hayy dan Waheeda tidak profesional,Ape cite ni.Khabar angin mengatakan dua artis ini iaitu Akhil Hayy dan waheeda bersikap kurang profesional apabila mereka gagal datang pada set pengambaran Cafe Akhil Hayy dengan tepat pada waktunya.Dengar cerita lagi bukan sekali dua kali tiga kali je.Tapi berkali-kali.Walawei,yeke ni?
Akhill Hayy dan Waheeda tidak profesional.tak mau ar can ni bro,Program tu pun name lu Cafe Akhil Hayy tak kan nak busukkan name sendiri.Akhil Hayy dan Waheeda tidak profesional.

Bile dah lambat apa lagi,semua krew-krew muke tonyok la ape lagi.Mane tak nye kos meningkat dengan mendadak gara-gara Ustaz Rock ni datang lewat tambahan pula bila ketiak dah berpeluh memang kerja belum settle hati panas la brade....Dengar cite lagi Waheeda yang selalu dia kaitkan dengan Akhil Hayy ni juga turut lewat.
Akhil Hayy dan Waheeda tidak profesional.

Korang ni dah kenape?Nanti kalau orang kate korang ade hubungan sulit tak terima pula.Adoi aku rasa bersalah pulak cakap cam ni kat seorang Ustaz yang dikagumi di Malaysia ni.
Akhil Hayy dan Waheeda tidak profesional.Tapi nak buat cam mane kan Ustaz kan.Setiap manusia melakukan kesilapan dan yang buruk datang dari kita yang baik datang dari Allah S.W.T.Tak pe la Ustaz dan Ustazah berdua ni,Buat yang terbaik lah itu je yang gua bleh cakap.

Assalamualaikum.
Akhil Hayy dan Waheeda tidak profesional.

Read more...

Monday, May 11, 2009

Akhil Hayy dan Waheeda akhirnya mengaku mereka adalah suami isteri

Akhil Hayy dan Waheeda akhirnya mengaku mereka adalah suami isteri.

Cerita Akhil Hayy dan Waheeda akhirnya mengaku mereka adalah suami isteri dimulakan dengan Assalamualaikum semua...

Sebelum ni kita ada dengar banyak sangat cerita kontroversi tentang Akhil Hayy dan Waheeda ni.Sampai tak tau nak cerita cam ne.Banyak sangat cerita pasal mereka berdua ni.Tapi kini kita dah tau da jawapan yang di cari-cari.
Puas hati korang?sebelum ni bukan main korang kutuk.Ustaz befoya-foya la,Ustaz sosial la ape la.Tengok semua sangkaan korang tu salah.

Sedikit ceritanya......

“Saya ingin membuat pengakuan di sini bahawa Waheeda adalah isteri saya…tetapi hanya di dalam program Cafe Akhil Hayy untuk musim kedua,” kata penceramah bebas berusia 39 tahun itu yang ditemui padamajlis pelancaran program itu di Ampang.

La....Gimik rupenya.padan muke korang!

“Saya dah jangka pasti ramai wartawan yang beranggapan sedemikian. Memang benar Waheeda adalah isteri saya, tetapi itu adalah wataknya di dalam program Cafe Akhil Hayy kali ini.

“Waheeda membawakan watak bernama Hani Az-Zahra. Sebenarnya nama Waheeda dicadangkan sendiri oleh pihak Astro Oasis…mungkin mereka melihat kredibilitinya sebagai penyanyi dan pelakon yang menampilkanimej Islamik dan pada masa yang sama, dia turut terlibat denganaktiviti dakwah.

“Waheeda juga merupakan ‘facilitator’ di Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID)dan sebab itu saya rasa dia memang sesuai untuk turut serta dalam program ini. Kami digabungkan di dalam program inisekadar untuk berdakwah.

“Saya tahu dia mampu bawakan tugasnya dengan baik dan memang dia sendiri tahu apa yang perlu dilakukan terhadap wataknya itu,” kata Akhil berceritakan serba-sedikit tentang pembabitan Waheeda di dalamprogram berunsurkan dakwah dalam bentuk santai yang telah pun memulakan siaran pertama musim kedua ini pada Rabu lalu, pukul 7.30 malam di saluran Astro Oasis.

Musim kedua program yang berelemenkan bual bicara dan drama ini bukan saja menampilkan Waheeda, malah mereka turut ditemani oleh bakat baru, Afiq AF5 dan Mimie Haris yang akan turut sama melayan kerenah pelanggan-pelanggan yang hadir di cafe tersebut.

“Ada juga penonton yang memberikan respon berdasarkan musim lalu dan minta kami buatkan lebih ‘drama’. Tetapi ini sebenarnya adalah program bual bicara, cuma kita adunkan dalam sedikit bentuk drama.

“Kali ini juga kita turut menjemput tetamu-tetamu yang berjaya di dalam bidang masing-masing seperti Azmil Mustapha, Tan Sri Jins Shamsudin, Datuk Aziz Sattar dan Ustaz Radhi, bekas vokalis kumpulan Melissa.

“Topik-topik yang dibincangkan juga lebih global. Semua idea itu kita bincangkan terlebih dahulu dengan produksi sebab kita kena melihat juga sasaran penonton.

“Berdasarkan musim pertama dulu, memang saya tidak nafikan golongan remaja yang sering mononton program ini. Kalau boleh, kali ini kita mahu kelompok penontonnya lebih luas, tidak hanya kepada remaja sahaja,” kata Akhil.

Itulah kata-kata belia yang di petik dari media lain.Korang fikir-fikir dan renung-renungkan(aziz desa plak dah.)


sekian cerita Akhil Hayy dan Waheeda akhirnya mengaku mereka adalah suami isteri

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP