Sunday, May 31, 2009

Gosip Artis Malaysia : Akhil Hayy terkilan?


Gosip Artis Malaysia : Akhil Hayy terkilan?

Gosip Artis Malaysia : Akhil Hayy terkilan?Akhil Hayy yang kebelakangan ini dikatakan melarikan dari media untuk mendapatkan keterangan kali ini tampil dengan menyatakan yang beliau terkilan dengan isterinya.Akhil Hayy yang dikaitkan dengan penyanyi dan pelakon popular Waheeda kini dikatakan bingung memikirkan apa yang terjadi.

Dari kisah keretakan rumah tangganya Akhil Hayy kini dipertikaikan statusnya sebagai pendakwah.

“Orang ramai mengenali saya sebagai pendakwah yang sentiasa memberi nasihat mengenai kebaikan. Apabila isu ini timbul, mereka menuduh saya sebagai hipokrit kerana tidak selari dengan imej yang saya bawa. Tetapi saya menganggap tuduhan ini sebagai ujian yang harus saya lalui, sekurang-kurangnya ia mengingatkan saya kembali apa yang mungkin terlupa. Saya juga manusia biasa yang tidak dapat lari daripada kesilapan,” kata Akhil Hayy.

Dia juga menyatakan yang dia ingin menyelesaikan masalah ini dengan aman sekali.Dia tidak mahu menjatuhkan sesiapa kerana baginya maruah perlu dijaga.

“Tempat yang dirasakan sesuai untuknya membuat kenyataan bukannya kepada media massa tetapi mahkamah. Di mana segala keputusan sama ada baik mahupun buruk akan ditentukan di situ pada 2 Jun nanti. Buat masa sekarang, saya tidak mahu memberi sebarang kenyataan kerana berasakan lebih elok perkara itu dibincangkan di mahkamah. “Lagipun saya tidak mahu mengeruhkan keadaan. Saya tidak mahu mengaibkan wanita yang masih bergelar isteri saya, anak-anak, keluarga, pihak Waheeda dan juga peminat.

“Sebagai suami, saya ada hak untuk berdiam diri daripada membalas kenyataan. Saya juga tidak menghubunginya (Maizawati) selepas kisah keretakan rumah kami dimainkan pihak media kerana dia sudah mengambil jalan yang salah. Seharusnya perkara itu dirujuk terus kepada pejabat kadi atau lebih sesuai diselesaikan di mahkamah saja.

“Saya tidak kisah masyarakat hendak menghukum saya. Cuma, saya kecewa mereka membuat hukuman sendiri tanpa menyelidik apa yang sedang berlaku,” kata Akhil Hayy.

Bila ditanya sejauh mana hubungan Akhil Hayy dengan Waheeda?Akhil Hayy menjawab.

“Hubungan kami atas dasar kerja.... saya selesa bekerja dengan Waheeda.” Kata Akhil Hayy.

Itu yang dikatakan oleh Akhil Hayy kelihatan tenang dia menjawab semua persoalan yang sering bermain di pemikiran.Sekian dari kami cerita terbau Akhil Hayy dengan Gosip Artis Malaysia : Akhil Hayy terkilan?

Gosip Artis Malaysia : Akhil Hayy terkilan?


0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP