Gosip Artis Tempatan : Scha Al Yahya belagak diva?
Gosip Artis Tempatan : Scha Al Yahya belagak diva?
Gosip Artis Tempatan : Scha Al Yahya belagak diva?Scha yang sering dikaitkan dengan pelakon lelaki popular Malaysia Fahrin kini dikatakan berlagak diva.Scha yang dikatakan tidak menjawab panggilan telefon mahupun membalas SMS dikatakan semakin ingin berlagak sebagai diva.Selain itu kritikan yang mengatakan beliau hanya menumpang populariti Fahrin untuk terus maju dalam industri ini.
Walau bagaimanapun Scha pernah memberi keterangan mengenai ini dan berasa amat kesal apabila media dan peminat hanya memandang cerita Scha bersama Fahrin selain karier seninya.
“Saya akui, apabila tiba waktu puncak di lokasi penggambaran, saya tidak berpeluang menjawab panggilan telefon atau membalas SMS. Rata-rata yang cuba menghubungi saya adalah pihak produksi yang inginkan jawapan segera sama ada saya berminat atau tidak dengan tawaran mereka. Pada masa sama, saya perlu memikirkan komitmen atau tawaran yang datang lebih awal. Saya perlu tunggu kata putus dari produksi berkenaan.
“Apabila menerima sebarang tawaran lakonan atau pengacaraan, saya nak elakkan jadual penggambaran bertembung, saya paling tak suka berdepan masalah jadual. Saya tak akan melakukan dua kerja dalam satu masa. Namun, apabila saya sudah menandatangani kontrak, saya akan memberikan sepenuh komitmen. Janganlah melabel saya mula berlagak diva gara-gara lambat memberikan jawapan untuk komitmen itu,” kata Scha.
Scha juga dikatakan tidak akan lama di industri ini.Kata Scha....
“Secara jujur, saya tak akan kekal lama dalam industri ini. Saya akan berlakon seadanya saja, maksudnya tidak mahu terkejar-kejar peluang depan mata sehingga lupa tanggungjawab kepada keluarga dan orang tersayang. Seperkara lagi, apabila saya ditakdirkan berkahwin dalam masa terdekat, aktiviti seni pasti bergerak perlahan, namun sekiranya tak ada apa-apa (kahwin), saya buat kerja macam biasa,” kata Scha.
Perlakon wanita Malaysia ini yang memang berkesan lakonannya amat menghargai peminatnya dan menyeru kepada peminat-peminatnya untuk menumpukan kepada karier seninya bukan kontroversi murahan di luar sana.Semoga berjaya Scha.Dari kami Gosip Artis Tempatan : Scha Al Yahya belagak diva?
Gosip Artis Tempatan : Scha Al Yahya belagak diva?
0 comments:
Post a Comment