Monday, May 25, 2009

Gosip Artis Malaysia Syamsul Yusof Dan Zed Zaidi Bergaduh?


Gosip Artis Malaysia Syamsul Yusof Dan Zed Zaidi Bergaduh?

Gosip Artis Malaysia Syamsul Yusof Dan Zed Zaidi Bergaduh?Apesal ni,Berebut bohsia ke?jangan la macam ni.Pelakon dan pengarah filem Bohsia ini,Syamsul Yusof.Dia dikatakan bergaduh bersama sala seorang pelakon yang pernah bekerjasama dibawah produksi kepunyaan bapanya Skop Production iaitu Zed Zaidi.

Zed mendakwa dia pernah ada 'kes' dengan Syamsul Yusof suatu ketika dulu. Selain itu, dia juga menganggap Skop Productions masih relevan tanpa Syamsul Yusof.Mari kita dengarkan apa kata Syamsul Yusof.

"AWALNYA saya sendiri tak tahu Zed ada menulis dalam blognya mengenai saya.Sehinggalah ada seorang wartawan menghubungi saya dan bertanya, samaada saya ada masalah dengannya atau tidak, barulah saya dimaklumkan mengenai perkara itu. Apabila saya sendiri membaca blog berkenaan,memang terkejut, bukan saya saja yang dia kutuk, tapi termasuklah Mawi! Kata Syamsul Yusof seperti mengapi-api.

"Bagi saya, ini satu perbuatan yang melampau! Saya tak adaapa-apa masalah dengan Zed, tapi kenapa dia buat macam tu? Blog itu ditulis berdasarkan perjumpaan saya dan Zed pada malam Anugerah BintangPopular Berita Harian (ABPBH) 2008 pada 12 April lalu. Saya berkawandengan semua orang termasuklah Zed. Dalam blog itu pun, Zed ada tulis,saya menegurnya pada malam ABPBH2008 dengan cara baik.

"Selepas itu aku berjalan lagi, jumpa pula si Syamsul Yusof Haslam. Ni seorang lagi Mamat yang aku tak berkenan dengan perangai yang 'pra tak matang'. Buat orang kalau tengok muka dia memang ‘muka nak minta penumbuk!’ (Syamsul membacakan sebahagian petikan blog berkenaan). Ooh, geramnya saya!

"Nasib baiklah dia jumpa aku kat ABPBH2008, dia tak kurang ajar! (Syamsul membacakan sebahagian lagi blog berkenaan) Apa hal saya nak kurang ajar pula? Bagi saya, Zed ada isu dengan dirinya sendiri! Kalau dia kata ini satu kritikan, saya tak setuju, ini bukan kritikan! Saya bukannya jenis orang yang tak boleh terima kritikan, saya berfikiran terbuka.

"Biasalah, dalam kita melayari kehidupan, bukan semua orang suka dengan kita, ada juga yang tak suka. Saya anggap, kalau ada orang yang tak suka dengan saya, itu lumrah. Yang jadi masalahnya sekarang,Zed dah tulis macam-macam mengenai saya dalam blog dan dia tahu, blog semua orang boleh baca. Tuan empunya badan seperti saya dan Mawi akan baca, jadi bagi saya, Zed seolah-olah mencabar saya!

"Zed nak tengok apa yang kami boleh buat. Ada yang bertanya,kenapa Zed kutuk artis dalam blog sendiri, dia boleh kata, peduli apa,ini blog dia, suka hati dialah! Perkara ini silaplah. Mengkritik tak semestinya benci, cuma menegur kesilapan orang yang buat benda takbetul (Syamsul membacakan lagi sebahagian petikan blog Zed). Apa maksud Zed?

"
Saya tak faham apa yang dimaksudkannya. Pertamanya, apabila dia kata mengkritik, benda tu dah tak betul. Bagi saya, ini bukan kritikan, tapi satu luahan emosi secara peribadi, apa yang dia rasa sebenarnya terhadap saya selama ini! Tapi, apabila Zed mendakwa saya 'pra tak matang', 'muka nak minta penumbuk', saya darah dah naik, dapat 'darah tinggilah'!

"
Zed juga dalam blognya mendakwa saya pernah ada ‘kes’ dengannya dulu. Apa 'kes' itu, tanyalah dia sendiri. Bagi saya,sepanjang mengenalinya, saya tak pernah ada apa-apa masalah dengannya.Kami pernah bekerjasama ketika saya mengarah drama bersiri Sembilu dan Sembilu Kasih suatu ketika dulu. Lama saya bekerja dengannya, adalah dalam dua, tiga tahun. Kami bekerja dan berkawan.

"
Kalau Zed kata saya ada 'kes' dengan dia, saya tak nampak,apa 'kes' yang dimaksudkannya. Sebagai pengarah drama, saya pernah memarahinya di lokasi, tapi bagi saya, itu perkara biasa. Kami kadang-kadang berlainan pendapat, itu biasa, tapi bukan kepada Zed seorang saja, artis lain pun, kalau tak betul, saya tegur, marah. Dalam kita bekerja, benda tu adat, kita harus profesional. Yang penting kerjajalan, di luar set, kita kawan! -Tambah Syamsul dengan nada yang tegas.

Apa benda ni gaduh-gaduh.Adoi duduk dalam satu industri pun nak macam ni?macam mana orang melayu nak maju kalau macam ni.Dah-dah pandai-pandai la korang settle..
Dari JG Gosip Artis Malaysia Syamsul Yusof Dan Zed Zaidi Bergaduh?

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP