Persandingan Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila
Persandingan Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila.
Persandingan Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila!Selamat Pengantin Baru di ucapkan kepada pasangan ini kerana selamat disatukan.Diharapkan kekal hendaknya hingga ke akhir hayat.Amin..
Pernikahan yang disempurnakan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Pasukan Gerakan Am (PGA), Zainuddin Abdul Arshad di Masjid An-Nur, Batu 8, Ulu Kinta, Ipoh kira-kira 5.30 petang.Adlin Aman Ramli,juri tetap Akademi Fantasia 7 (AF7) itu tidak putus-putus menyatakan perasaan bersyukur dapat mengahwini Emelda Rosmila yang kini isterinya.
Siapa yang tidah bersyukur bila segala yang di rancang terlaksana jua akhirnya.Tapi apa kelebihan Emelda Rosmila yang buat Adlin Aman Ramli terpikat?
Adlin Aman Ramli anak pasangan pelakon legenda A.R. Tompel dan Ruminah Sidek atau Mak Mah mengatakan yang mana kehadiran Emelda Rosmila dalam hidupnya sungguh bermakna dan banyak yang berubah setelah Emelda Rosmila muncul dalam hidupnya.
"Sebagai lelaki memang saya mencari pasangan yang dirasakan sesuai. Saya akui saya seorang yang kompleks dan sebelum mengenali Mel, sebahagian besar hidup saya banyak dihabiskan dengan kesibukan bekerja dan berkarya hingga banyak perkara lain terabai.
"Namun kehadirannya secara perlahan-perlahan dapat mengubah persepsi hidup saya. Dia benar-benar tahu kekuatan dan kelemahan saya. Pendek kata Mel memang pandai kendalikan saya, pilihan ini adalah tepat," kata Adlin Aman Ramli.
Wah,Bagus kalau macam tu jangan nanti bercerai-berai pula.Kami doakan kebahagiaan anda.Bagaimana pula dengan Emelda Rosmila.Apa pandangan beliau mengenai Adlin Aman Ramli.Emelda Rosmila berpendapat yang Adlin Aman Ramli bukanlah seorang lelaki ego seperti yang disangka ramai.
"Tak susah sebenarnya untuk mengendalikan Adlin. Dia bukan seorang yang ego, mendengar kata dan sentiasa mengaku kesalahan setiap kali membuat kesilapan.
"Walaupun dia bukanlah seorang yang romantik seperti yang pernah saya impikan tapi saya bersyukur. Namun yang paling menambat hati saya ialah kematangannya," Kata Emelda Rosmila yang kini isteri kepada Adlin Aman Ramli.Mesti korang nak tahu apa perasaan Adlin Aman Ramli semasa berhadapan juru nikah..
"Pada masa itu, saya rasa sangat seronok, teruja dan bangga. Setelah empat tahun bersama Mel dan lepas bertunang saya makin pasti, saya bangga akan mengahwini wanita yang saya kenal luar dan dalam dan boleh menerima kelebihan dan kekurangan diri ini.
Kata Adlin Aman Ramli lagi,
"Saya rasa teruja pada masa itu kerana nak sangat (pernikahan) jadi dan syukur semuanya sudah selesai,"Kata Adlin Aman Ramli.
Apa pun diharapkan pasangan ini berbahagia ke akhir hayat.Tak mau gaduh-gaduh okey.Adlin jaga emelda baik-baik okey!Dari kami untuk anda Persandingan Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila.
Persandingan Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila
0 comments:
Post a Comment