Wednesday, May 27, 2009

Gosip Artis Malaysia : Juliana Evans bercinta?


Gosip Artis Malaysia : Juliana Evans bercinta?

Gosip Artis Malaysia : Juliana Evans bercinta?Pelakon berwajah pan asian ini kelihatan memegang handphone sambil membalas mesej.Yang peliknya dia yang dikatakan bercinta dengan Sam Bunkface masih belum memberi sebarang kenyataan.

Mari kita dengarkan pengakuan Gadis Comel ini,Juliana Evans.


"Saya tidak teragak-agak untuk mengakui perkara itu kerana kami memang bercinta. Lagipun, saya seorang yang suka berterus-terang dan kami memang tidak mahu berahsia.

"Episod cinta yang terjalin antara kami baru saja bermula. Selepas saya putus kasih dengan seorang pemuda ahli perniagaan, dia hadir dalam kehidupan saya dan menggembirakan hati yang lara.

"Cuma, apa yang saya harapkan, cinta yang baru sahaja terbina indah ini akan terus berkekalan," katanya.

Tidak sah atau tidak lengkap tanpa menjengah kisah awal hubungan pasangan kacukan yang comel ini terjalin, lalu diminta Juliana menceritakan detik indah terbabit.

"Semuanya berlaku tanpa dirancang atau disedari. Kebetulan, saya dengan adik Sam terbabit dalam satu penggambaran drama bersiri, Kasut Tumit Tinggi.


"Dari situ kami mula berkenalan. Awalnya, hubungan kami tidak lebih dari kawan. Tetapi, lama-kelamaan, hubungan kami semakin rapat dan masing-masing mendapati ada persamaan yang menyatukan kami.

"Kami berkongsi minat sama, muzik dan dia juga seorang yang sangat memahami dan sentiasa memberi motivasi. Sejujurnya, saya memang selesa bersama dengannya," kata Juliana Evans.

So korang semua dah tahu cerita sebenar.Dah jangan nak mimpi nk tackle Juliana Evans.Perempuan hanya boleh menyintai satu lelaki dalam satu masa tetapi lelaki boleh menyintai lebih dari seorang perempuan dalam satu masa..
hahaha...dari JG Gosip Artis Malaysia : Juliana Evans bercinta?

Gosip Artis Malaysia : Juliana Evans bercinta?

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP