Majlis persandingan Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila
Gosip artis Malaysia majlis persandingan Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila
Gosip artis Malaysia debaran Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila,Pertama kali kami ingin ucapkan Selamat mendirikan rumah tangga kepada kedua-dua artis Malaysia ini iaitu Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila yang akan mendirikan rumah tangga.
Pasangan Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila ini akan di satukan tak lama lagi.Majlis pernikahan akan diadakan di Masjid An Nur, Kampung Melayu Batu 8, Ulu Kinta Perak.Malam berinai akan diadakan di rumah keluarga.
Pemilihan tarikh persandingan pada 23 Mei jatuh pada hari lahir Adlin yang ke-37.Wah! hadiah hari jadi paling bermakna nampaknya.Yang pasti mereka berdua akan gembira kerana cinta yang mereka semai berakhir di jinjang pelamin.Alhamdulillah.
Kami di sini amat gembira dengan kejayaan mereka yang mampu mengekalkan hubungan hingga bergelar suami isteri.
Sedikit kata-kata dari Emelda Rosmila,
“Nak kata macam tak percaya pun ada juga perasan Mel ketika ini. Gembira pun ada. Tapi Mel bersyukur dan harap-harapnya semuanya akan berjalan lancar dan diberkati Tuhan. Kalau sebelum ini Mel kerap kali berlakon olok-olok naik pelamin, tapi kali ini Mel betul-betul kena bersanding. Harap juga tetamu yang datang akan gembira meraikan kami.
“Untuk majlis persandingan (esok) konsep tradisional klasik dipilih sebagai tema utama. Ia direalisasikan bersesuaian dengan konsep kampung di Ipoh dan pada masa yang sama ia seperti majlis mengumpulkan sanak-saudara Mel. Selain Rizman Ruzaini dan Calvin Thoo, besar kemungkinan juga Mel akan memakai rekaan Bill Keith.
“Selepas majlis di Perak, Insya-Allah akan ada dua lagi majlis yang bakal diadakan. Majlis resepsi di Kuala Lumpur akan diadakan pada 11 Jun ini di sebuah hotel di Putrajaya. Selepas itu kalau jadi seperti yang dirancang ibu Adlin, Ruminah Sidek (Mak Mah) akan mengadakan majlis berkonsepkan Jawa di Meru, Klang. Namun tarikhnya masih belum ditetapkan lagi,”kata Emelda Rosmila atau panggilan manjanya Mel.
Semoga berbahagian kalian berdua.Sudah berjaya mempertahankan cinta sebagai kekasih,kini masa mempertahankan cinta sebagai suami isteri.Selamat Pengantin Baru Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila.Dari kami Gosip artis Malaysia debaran Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila.
Gosip artis Malaysia debaran Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila.
0 comments:
Post a Comment