Tuesday, May 26, 2009

Artis Malaysia Cerita Akhil Hayy dan Waheeda


Artis Malaysia Cerita Akhil Hayy dan Waheeda.

“Saya izinkan mereka berkahwin dan sedia menerimanya sebagai madu, namun kini saya tak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, mengulas isu hubungan suaminya dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda yang sedang hangat diperkatakan.

Dan ada ura-ura mengatakan...
“Nampaknya isteri kepada Ustaz Akhil Hayy, Maizawati Zainal sudah tidak mampu lagi nak menahan tekanan akibat kontroversi hubungan sulit suaminya dengan Waheeda. Dengar-dengar isteri Akhil sudah pun memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Perak, Kemungkinan besar perbicaraan kes berkenaan akan bermula 2 Jun nanti.”

Wah macam-macam sekarang ni.Ustaz pun bermasalah nampaknya di situ.

Isteri Akhil Hayy berkata lagi,

''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.''

''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja.

''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailkan tuntutan meminta cerai awal bulan ini, dia ada meminta saya bersabar.

''Tetapi, saya tetap dengan keputusan untuk tidak lagi mahu bersamanya,'' kata Maizawati Zainal isteri kepada Akhil Hayy.

''Sudah saya katakan, ini adalah keputusan saya. Saya juga mahu dia terima apa yang saya buat ini. Ahli keluarga saya pun memberi sokongan,'' jelasnya.

''Anak sulung saya okey. Mereka sudah dilatih agar tidak ambil tahu sangat akan apa yang berlaku.

''Saya juga perlu mencari pekerjaan untuk menyara keluarga kerana sebelum ini saya tidak bekerja,'' katanya lagi.

Nampaknya ini dah betul-betul ni.Habistu kalau Ustaz dah agak sikit serong pada siapa kita nak minta nasihat dan pendapat?Fikirkanlah..Dari JG Artis Malaysia Cerita Akhil Hayy dan Waheeda.

Artis Malaysia Cerita Akhil Hayy dan Waheeda.

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP