Monday, May 25, 2009

Gosip Artis Malaysia : Rozita Che Wan nafi nikah Datuk Seri Effendi


Gosip Artis Malaysia : Rozita Che Wan nafi nikah Datuk Seri Effendi.

Gosip Artis Malaysia : Rozita Che Wan nafi nikah Datuk Seri Effendi.Rozita Che Wan yang seperti kita tahu sering dikaitkan dengan Vip dan baru-baru ni Rozita Che Wan sekali lagi dikaitkan dengan Vip iaitu Datuk Seri Effendi.

Namun Rozita Che Wan menafikan segala-galanya.Yang seronoknya Rozita Che Wan mengatakan yang dia tidak pernah berjumpa apa lagi mimpi.Mari kita dengar apa kata Rozita Che Wan.

“Bukan saya yang bernikah dengan Datuk Effendi. Saya bukan sahaja tak pernah jumpa Datuk Effendi, mimpi pun tidak,” jelas Rozita Che Wan ringkas.

Ujar Rozita Che Wan, masuk kali ini sudah banyak gosipnya dikatakan bernikah dengan ‘Datuk’ atau ‘Tan Sri’ sedangkan dia tiada sesiapa pun.Gosip pertama dahulu adalah Datuk J, seterusnya satu demi satu seperti Tan Sri R, Datuk Seri Khalid Muhd. Jiwa, dan terkini Datuk Seri Effendi.Macam-macam dikaitkan bila dah ccantik.Tu yang menyebabkan kadang-kadang Rozita Che Wan merasakan tak seronok jadi Rozita Che Wan.

“Selepas ini saya tak tahu lagi 'Datuk' atau 'Tan Sri' mana lagi yang akan dikaitkan dengan saya.

"Apabila timbul gosip-gosip ini, saya rasa seperti orang memandang saya sebagai seorang yang materialistik sebab memilih ‘Datuk’ dan ‘Tan Sri’ sahaja.

“Orang tidak habis-habis mengata saya mendapat hadiah kereta, bernikah di London dan macam-macam lagi.

“Kalau gosip itu betul, saya takkan berlakon lagi. Saya juga tiada istilah ‘cover line’,” kata Rozitaa Che Wan wanita berusia 36 tahun ini.

Menurut Rozita, dia telah membujang kira-kira enam tahun dan sehingga kini belum terbuka pintu hati untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

“Apabila saya sudah terbiasa hidup seorang, mulalah hidup saya menjadi cerewet. Lagipun, saya fikir bila hidup seorang ni tiada siapa yang nak sakitkan hati saya. Namun, semuanya saya mengikut kepada nasib.

“Sebelum ini, ada sahaja orang yang menawarkan diri untuk berkenalan dan macam-macam lagi.

“Tetapi, kalau ikutkan hati, saya nak pilih lelaki biasa sahaja kerana rasa diri saya tak setaraf dengan orang kenamaan sebab saya jenis orang biasa dan bukan ‘maintain’.

“Saya juga mahukan lelaki yang berusia bawah dari 45 tahun dan berstatus bujang,” kata Rozita Che Wan.

Dengar tu yang penting bujang.Teruna tolak tepi.Haha..tak de lah.Apa pun sabar la ye.Biasala dunia populariti ni memang macam ni.Dari Pak John untuk anda semua Gosip Artis Malaysia : Rozita Che Wan nafi nikah Datuk Seri Effendi.

Gosip Artis Malaysia : Rozita Che Wan nafi nikah Datuk Seri Effendi


0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP