Gosip Artis Malaysia : Isteri Akhil Hayy rasa teraniaya
Gosip Artis Malaysia : Isteri Akhil Hayy bercerita.
"WALAUPUN tidak menyalahkan sepenuhnya, saya berasakan Waheeda patut juga berasa bertanggungjawab dalam hal ini. Perkara ini tidak akan berlaku jika lelaki tidak digoda. Kalau lelaki itu yang memulakan, sebagai wanita, dia ada hak untuk menolaknya, tambahan pula dia tahu lelaki itu suami orang.
“Tindakannya ke hulu ke hilir bersama-sama suami orang adalah kurang manis. Kehidupan saya, anak-anak dan ustaz teraniaya sejak kehadirannya dalam hidup kami.
“Sebelum ini, rumah tangga kami bahagia, tidak pernah timbul sebarang masalah. Ustaz juga seorang suami yang romantik dan bapa penyayang, tetapi jadi masalah apabila ustaz bertemu dengan dia (Waheeda),” demikian luahan isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal
Selain mengakui yang Akhil Hayy adalah seorang suami yang romantik dan bapa yang penyayang dia kesal dengan apa yang terjadi.Dia meminta gar jangan di salahertikan apa yang dilakukan bukanlah untuk mencari publisiti murahan.
“Saya bukan hendak seronok-seronok membuat tuntutan cerai. Saya pun tahu perkara itu dibenci Allah. Saya bukannya tidak pernah bersabar. Tapi sudah bersabar selama dua tahun.
“Dalam tempoh itu, saya banyak mengkaji baik dan buruknya tindakan ini. Saya lakukan semuanya ini kerana tidak mahu membiarkan perkara tidak elok berterusan.
“Saya bukanlah minta apa-apa. Saya tidak minta lebih, saya cuma minta dia lepaskan saya. Saya anggap sudah tiada jodoh antara kami. Jika dia sudah tidak sudi lagi dengan saya, jangan simpan macam ini, supaya senang saya buat haluan sendiri dan meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
Ister Akhil Hay bercerita lagi,
“Saya percaya tidak ramai wanita yang boleh bersabar apabila suami pergi tanpa khabar berita. Sikap ustaz dulu tidak seperti ini. Ke mana dia pergi, dia pasti menghubungi saya. Kalau tak sempat sekalipun, paling tidak dia hantar SMS,” katanya.
“Dia mula jarang balik rumah dengan alasan kerja. Saya menghormati alasan itu dan memberi kepercayaan sepenuh hati, tanpa rasa sebarang curiga.
“Lama -kelamaan, saya dapati sikapnya semakin berubah. Jarang telefon kami dan bertanya khabar kami anak beranak. Kadang-kadang saya menghubunginya tetapi jarang berjawab. Tahun ini dia pulang ke rumah hanya tiga hari, itu pun tidak lebih lima jam,” jelas Maizawati
Cuba bayangkan.Kalau Ustaz boleh buat macam tu apa lagi kita ni?Memang la semua manusia tak sempurna tapi dia mempunyai ilmu lebih untuk menghadapi apa jua situasi.Dari JG jadikan kes ini sebagai contoh.Gosip Artis Malaysia : Isteri Akhil Hayy bercerita.
Gosip Artis Malaysia : Isteri Akhil Hayy bercerita.
0 comments:
Post a Comment