Monday, May 11, 2009

Akhil Hayy dan Waheeda akhirnya mengaku mereka adalah suami isteri

Akhil Hayy dan Waheeda akhirnya mengaku mereka adalah suami isteri.

Cerita Akhil Hayy dan Waheeda akhirnya mengaku mereka adalah suami isteri dimulakan dengan Assalamualaikum semua...

Sebelum ni kita ada dengar banyak sangat cerita kontroversi tentang Akhil Hayy dan Waheeda ni.Sampai tak tau nak cerita cam ne.Banyak sangat cerita pasal mereka berdua ni.Tapi kini kita dah tau da jawapan yang di cari-cari.
Puas hati korang?sebelum ni bukan main korang kutuk.Ustaz befoya-foya la,Ustaz sosial la ape la.Tengok semua sangkaan korang tu salah.

Sedikit ceritanya......

“Saya ingin membuat pengakuan di sini bahawa Waheeda adalah isteri saya…tetapi hanya di dalam program Cafe Akhil Hayy untuk musim kedua,” kata penceramah bebas berusia 39 tahun itu yang ditemui padamajlis pelancaran program itu di Ampang.

La....Gimik rupenya.padan muke korang!

“Saya dah jangka pasti ramai wartawan yang beranggapan sedemikian. Memang benar Waheeda adalah isteri saya, tetapi itu adalah wataknya di dalam program Cafe Akhil Hayy kali ini.

“Waheeda membawakan watak bernama Hani Az-Zahra. Sebenarnya nama Waheeda dicadangkan sendiri oleh pihak Astro Oasis…mungkin mereka melihat kredibilitinya sebagai penyanyi dan pelakon yang menampilkanimej Islamik dan pada masa yang sama, dia turut terlibat denganaktiviti dakwah.

“Waheeda juga merupakan ‘facilitator’ di Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID)dan sebab itu saya rasa dia memang sesuai untuk turut serta dalam program ini. Kami digabungkan di dalam program inisekadar untuk berdakwah.

“Saya tahu dia mampu bawakan tugasnya dengan baik dan memang dia sendiri tahu apa yang perlu dilakukan terhadap wataknya itu,” kata Akhil berceritakan serba-sedikit tentang pembabitan Waheeda di dalamprogram berunsurkan dakwah dalam bentuk santai yang telah pun memulakan siaran pertama musim kedua ini pada Rabu lalu, pukul 7.30 malam di saluran Astro Oasis.

Musim kedua program yang berelemenkan bual bicara dan drama ini bukan saja menampilkan Waheeda, malah mereka turut ditemani oleh bakat baru, Afiq AF5 dan Mimie Haris yang akan turut sama melayan kerenah pelanggan-pelanggan yang hadir di cafe tersebut.

“Ada juga penonton yang memberikan respon berdasarkan musim lalu dan minta kami buatkan lebih ‘drama’. Tetapi ini sebenarnya adalah program bual bicara, cuma kita adunkan dalam sedikit bentuk drama.

“Kali ini juga kita turut menjemput tetamu-tetamu yang berjaya di dalam bidang masing-masing seperti Azmil Mustapha, Tan Sri Jins Shamsudin, Datuk Aziz Sattar dan Ustaz Radhi, bekas vokalis kumpulan Melissa.

“Topik-topik yang dibincangkan juga lebih global. Semua idea itu kita bincangkan terlebih dahulu dengan produksi sebab kita kena melihat juga sasaran penonton.

“Berdasarkan musim pertama dulu, memang saya tidak nafikan golongan remaja yang sering mononton program ini. Kalau boleh, kali ini kita mahu kelompok penontonnya lebih luas, tidak hanya kepada remaja sahaja,” kata Akhil.

Itulah kata-kata belia yang di petik dari media lain.Korang fikir-fikir dan renung-renungkan(aziz desa plak dah.)


sekian cerita Akhil Hayy dan Waheeda akhirnya mengaku mereka adalah suami isteri

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP