Monday, May 11, 2009

Cerita merah dan putih



Cerita merah dan putih

Cerita merah dan puteh ini adalah drama yang disiarkan di tv3.Tapi kitaorang bukan nak cerita pasal cerita tu.kitoorang sebenarnya minat dengan dua jejaka yang melakonkan watak puteh dan merah.Oi! otak kuning! bukan kami gay.Kami minat dengan lakonan mereka iaitu Ellyas dan Zahiril.

Ellyas atau tajol yang dikenali di sitkom dunia baru sebelum ini memang terserlah lakonan beliau.
Dalam drama bersiri merah puteh, dia membawa karakter sebagai lelaki yang pendiam tetapi bukanlah seorang pemalu.Bukan lembut,keras beb.Lelaki sejati la senang cerita.
Watak puteh adalah seorang yang minat seni dan sukan.

"Ini merupakan tahun ketiga saya dalam bidang lakonan. Saya bermula dengan drama bersiri Dunia Baru".
"Watak Puteh banyak bermain dengan ekspresi wajah tetapi tidaklah terlalu emosional kerana ini adalah versi lelaki,'' ujar Ellyas.

Mana kala watak Merah dilakonkan oleh Zahiril.
Zahiril atau dikenali sebagai boy dalam siri kami yang disiarkan di 8tv.Katanya inilah kali pertama beliau memegang watak utama.Boleh pun bawa watak baik.(hehe..)chill bro.




"Sudah tentu saya gementar. Ini juga adalah peluang saya untuk mencuba pelbagai karakter.




"Merah sememangnya amat berlainan daripada sikap diri saya sendiri. Dia (Merah) seorang yang aktif dan agresif dan saya diberi kebebasan menyuarakan pendapat tentang watak Merah,'' jelas Zahiril.


Zahiril sebelum ini pernah berlakon dalam filem kami dan kemudiannya seandainya aku siti sebelum berkecimpung dalam teater berjudul kompilasi.

kami di JomGosip mendoakan mereka berdua berjaya di dunia seni tanah air yang banyak simpang sesat ni.Apa-apa pun all the best to both of you.

Cerita merah dan putih

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP